Tuesday, December 22, 2009

Brownies Pertamaku!

Al kisahnya, malam tadi, aku dok fikir nak tulis apa dalam blog ni..So, husband aku pun cadangkan apa kata cari idea dengan layari blog org lain.

Tengah dok bukak2 blog org, aku terbuka blog pasal buat kek. Tetiba lah plak nak wat kek.
Aku pun search ar Resepi Brownies dalam Myresipi.Com. Cari punya cari, terjumpalah resipi yg simple dan mendapat komen yg bagus dari org yg pernah membuatnya.

Dengan tak agak2, malam tadi gak terus gi market beli bahan dan buat Brownies.

Husband aku siap geleng kepala..Kejap nak tulis blog, kejap nak wat kek..Mana tak dia geleng kepala, tengah2 dia dok sibuk depan pc, aku ajak gi market...hihik!

Lepas Isya, aku terus memulakan akt double boil choc, ayak tepung ngan koko, then pukul telur sampai kembang..

Lebih kurang sejam pastu, siaplah adunan yg aku wat tadi. Kukus dalam setengah jam, maka siaplah Brownies Pertama Dalam Hidupku!

Wow, tak sangka menjadik sungguh Brownies yg aku buat nie...memang sedap tak ingat! Terima kasih bebanyak kepada org yg telah memberi resipi yg mudah dan sedap ni. Semoga Allah memberkati ilmunya...Amin....

Nak tau apa komen husband aku?! Manisnya b!

Aku hanya tersenyum...Act, memang aku dah tau dah yg dia akan cakap cmtu coz memang dia tak suka benda2 yg manis. Tiap kali aku beli secret recipe pun, dia hanya menjamah sedikit...

Tapi, malam tadi, aku paksa dia habiskan sepotong Brownies tu..Tersenget2 aku tengok muka dia...tapi cute...

Takpe, yg penting aku puas hati coz dapat buat kek sendiri untuk pertama kalinya dalam 26 tahun nie! Tak sabar nak bagi mak n adik aku rasa coz diorang memang penggemar kek..Tadi pun mak dah tanya macam mana dengan kek yang aku wat malam tadi..jadik ke tak..

Mana tak dia tanya, dah lah tak pernah wat kek, siap pinjam alat pengukus lagi...Apepun, thanks mak yek! Luv u much!

Pasni, aku nak wat Brownies yg ada cheese cream plak...

Apepun, inilah dia hasil yg aku wat malam tadi...Aku namakan dia Crazy Brownies...coz sape yg makan mesti tergila2 nak makan lagi. Ahaks!




Inilah Crazy Brownies yg aku baru wat. Panas lagi tau.



Yg putih2 tu susu cair sebenarnya. Saje nak test.


Permukaan dalam Brownies..


Yummy!!!


Saje potong segi tiga...Patutnya segi empat. Tapi
suka ati aku lah kan. Khas untuk my Najib!


Renungan ;

Sesungguhnya, seseorang yg menyedari betapa singkatnya umur dunia dan sedikitnya amal kebaikannya, maka ia tidak pernah berasa kasihan atau cinta terhadap sesuatu pun yg ada padanya, dan tidak pula berputus asa terhadap apa yg pergi dan hilang darinya.

Oleh itu, janganlah kita bersedih hati dan berputus asa atas apa yg hilang dari dunia. Sesungguhnya kita memiliki rumah yg lebih agung, lebih indah, lebih besar dan kekal iaitu rumah akhirat...

Tuesday, December 15, 2009

Hati Bahagia


Sesungguhnya di antara jalan menuju bahagia adalah dengan memahami agama.

Dada akan terasa lapang, kerana sesungguhnya belajar memahami agama dapat melapangkan dada dan membuat redha Tuhan.

Sebagaimana Rasulullah bersabda ;
Barangsiapa yang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya Dia akan menjadikannya memahami agama (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, seboleh mungkin, adakanlah sebuah perpustakaan kecil di rumah yg terdapat kitab2 dan kaset2 yg bermanfaat.

Hindarilah menonton drama yg sia2 kerana setiap waktu pasti akan dihisab.

(Untuk renungan semua dan saya sendiri...)

Monday, December 14, 2009

Alahan Semasa Mengandung

Sepanjang mengandung anak sulung ni, aku mengalami alahan kulit.

Di awal kandungan iaitu pada trimester pertama dan kedua, aku hanya mengalami alahan mengandung berupa gatal2 di bahagian kaki. Walaupun ia hanya meliputi kawasan yg kecil, namun kegatalan yg kurasai amat kuat dan sepanjang masa.

Pada mulanya aku anggap ia adalah penyakit kulit biasa, namun setelah 2 bulan berlarutan, alahan yg kurasai semakin teruk.

Apabila aku ke klinik swasta, doc hanya mengatakan ia adalah sejenis alahan mengandung yg berlaku akibat daripada pemakanan. Doc menyarankan padaku agar menghentikan minuman dan makanan yg berasaskan susu dan produk tenusu.

Selain itu, disebabkan alahan mengandung ini, aku juga dilarang mengambil makanan berasaskan kekacang dan makanan laut.

Aku sempat bertanya doc adakah tidak mengapa jika aku tidak minum susu semasa mengandung, tetapi doc memberitahu bahawa kita boleh menggantikan susu dengan produk yg mengandungi protein dan kalsium yg lain.

Walaupun berat hati untuk aku mengikut saranan doc tersebut, namun aku tinggalkan juga makanan2 itu selama sebulan lebih.

HAsilnya? Penyakit gatal2 di kaki semakin teruk. Sebelum itu, biarlah aku menerangkan bentuk gatal2 yg aku alami.

Jika dilihat dengan mata kasar, ia hanyalah seperti kudis yg bersaiz kecil. Saiznya lebih kurg 1cm x 1cm.

Tetapi, jika dilihat dengan secara halus, ia mempunyai banyak lubang2 kecil yg mana apabila aku menggaru atau memicitnya, akan setiap lubang2 itu akan mengeluarkan air.

Pada mulanya aku berasa sungguh takut lebih2 lagi apabila melihat begitu banyak lubang2 kecil tersebut. Aku dapat rasakan di dalam setiap lubang tersebut mengandungi beratus2 kuman yg sedia untuk memakan kulitku!

Setiap hari aku akan menggaru dengan kuat kawasan alahan tersebut hingga berdarah!

Apabila terjadi kudis, aku pasti akan mengopeknya. Ya, aku rasa aku seperti budak kecil yg selekeh dan tidak menjaga kebersihan. Aku begitu tertekan. Setiap hari aku berdoa agar alahan gatal2 yg kualami ini sembuh.

Suamiku begitu risau melihat keadaanku. Semestinya dia tidak menjangka bahawa kudis yg hanya sebesar bulatan kecil itu mampu membuatkan diriku begitu haru-biru!

Tidak cukup dengan ubat klinik, aku juga membeli ubat di farmasi. Tidak kurang 4 jenis ubat yg kubeli di farmasi. Dari yg murah hinggalah yg paling mahal. Namun Allah masih belum mengizinkan kulit kakiku sembuh..Aku pasrah kerana at least, aku dah berusaha.

Dalam pada itu, alahan di kakiku semakin hari semakin merebak. Dari satu tempat sahaja, kini ia telah merebak di bahagian yg lain. Bukan sahaja di satu kaki, namun kaki sebelahku juga turut menerima alahan tersebut.

Aku semakin risau tetapi aku tetap tidak boleh meninggalkan tabiat menggaru hingga berdarah.

Padaku, apabila aku menggaru, ia akan menjadi sakit dan apabila aku terasa sakit, barulah aku tidak rasa gatal.

Setelah usia kandunganku 7 bulan, atau dengan kata lain, telah 7 bulan aku mengalami alahan gatal2 tersebut, aku pergi ke sebuah klinik di Segamat untuk scan.

Setelah scan, aku sempat menceritakan keadaan gatal2 di kakiku dan bertanya adakah sebarang ubat yg kuat untuk merawat kegatalan tersebut.

Doc memberiku sejenis ubat sapu. Nama ubat tersebutTriconazole Cream. Ia terdiri daripada Triamcinolone Acetonide (0.1%) dan Econazole Nitrate (1.0%).

Setelah membaca arahan dengan teliti, aku pun menggunakan krim tersebut. Alhamdulillah...tidak sampai seminggu aku menggunakan krim tersebut, gatal2 yg kurasai semakin berkurang.

Setelah 2 minggu menyapu krim tersebut, aku dapat rasakan alahan gatal2 ku semakin sembuh. Kesannya semakin hilang dan akhirnya aku tidak perlu menggaru lagi.

Namun begitu, akibat dari selalu menggaru, jarikuku juga terkena alahan gatal2 tersebut. Namun aku sentiasa menggunakan krim tersebut agar ia tidak merebak.

Selain alahan gatal2 di kaki, aku juga terkena alahan mengandung berupa gatal2 di sekitar kawasan perut.

Kegatalannya sama seperti yg kurasai di kaki. Sah, aku memang mengalami alahan mengandung di bahagian perut pula. Seingat aku, alahan di perut bermula apabila kandungan memasuki bulan ketujuh.

Namun begitu, aku tidak berani untuk menggunakan krim yg sama di bahagian perut. Ini kerana, berdasarkan arahan yg kubaca, krim tersebut akan meresap jauh ke dalam kulit dan aku takut berlaku kesan sampingan kepada anak dalam kandunganku.

Apa yg kubuat bagi mengurangkan gatal ialah aku menyapu minyak gamat ataupun sebarang minyak berangin bagi mengurangkan kegatalan.

Aku juga menggunakan bawang putih yg telah dipecahkan untuk disapu di bahagian perut. Apabila aku bertanya kepada doc, beliau juga memberitahu bahawa gatal2 tersebut sukar untuk diubat kerana ia merupakan alahan mengandung dan ia berlaku di kawasan perut.

Sewaktu aku menulis artikel ini, perutku masih lagi mengalami alahan mengandung ini. Aku berharap agar sebaik bayiku lahir, semua alahan semasa mengandung ini akan hilang. Amin....

Thursday, December 10, 2009

Pengalaman Mengandung Trimester Akhir


Assalamualaikum semua...

Straight to the point, skang ni kandungan aku dah masuk 8 bulan..2 hari lepas gi scan, then doktor dah confirm jantina baby aku..Apepun, aku akan bgtau after aku selamat melahirkan nanti.

Untuk pengetahuan korg, berat badan aku skang 77kg. Huh, ngeri aku nengok alat penimbang tu sebenarnya tau. Tp syukur coz doc kata baby aku tak besar..berat dia skang ni base on scan ari tu 2.3 kg..

Mak kata berat aku n all my siblings lebih kurg 2.8-3.0 kg jek. So aku harap berat baby aku pun just around that numbers.

Nak tau makanan apa yg paling aku suka skang? Hehehe...nasi putih dan beras! Memang sedap! Time masak nasi yg paling aku suka coz leh amik sket beras tu n nyum2...tp jgn salah sangka, beras yg dah dibasuh tau.

Jadi memg tak hairanlah berat aku naik berkilo2! Tak gitu?

Aktiviti aku n husband skang ni ialah kemas..kemas..n kemas..

Ada je yg aku nak kemas. Antaranya mengecat, tukar tikar getah, beli almari baju baru, beli box untuk simpan barg baby, sapu sawang rumah, basuh lantai, basuh toilet, n banyak lagi lah!

Semua tu untuk sambut org baru. Bukan apa, aku nak pastikan rumah aku bersih dan terhindar dari segala habuk n kuman. Baby kan mudah terkena penyakit. So, aku n husband mengambil langkah pencegahan awal.

Lagipun bila dah ada baby nanti, mana nak jaga badan, mana nak jaga baby...Dah lah cite2 aku nak turun 30 kg. Wow! Mesti korg kata cite2 aku terlalu tinggi kan..Takpe2..bila dah berjaya nanti, aku bgtau yek..nak aku wat e-book pun boleh.

Act, bila masuk trimester akhir ni, perasaan aku memg semacam..gembira ada, takut pun ada..gembira coz tak sabar nak dapat baby..takut bila fikir saat2 melahirkan. semakin banyak ilmu yg aku baca, semakin takut dibuatnya..

Apepun yg paling penting sekali, aku perlu minta ampun dari suami kerana aku tahu, bila suami redha, lebih mudah aku bersalin nanti..Makanya, tiap hari aku akan pastikan yg aku minta ampun dari suamiku yg tercinta.
Semua kelengkapan baby, dah pun aku sediakan..Sedikit sebanyak melegakan hati aku. Barulah aku tau, bila kita dah ada anak ni, kita akan lebih memikirkan keperluan anak berbanding diri sendiri.

Bila masuk 8 bulan ni, aku lebih banyak berbual dengan baby..aku yakin dia mendengar celoteh aku. Selain tu, aku selalu nyanyikan dia lagu Asma Ul-Husna..Bila aku nyanyikan dia lagu tu, mesti dia akan lebih bergerak. Harapanku semoga anakku ini akan menjadi manusia yg beriman dan bertakwa..dan tentunya anak yg pintar dan cergas!

Perancanganku pada masa depan ialah berjimat-cermat dan lebih banyak menyimpan..aku sedar, perbelanjaan pada masa akan datang lebih besar. Jadi, aku kena menyimpan dengan lebih sistematik.

Namun begitu, aku dan suami bertekad untuk tidak mahu memanjakan anak kami dengan duit dan mengikut segala kemahuannya. Aku mahu dia menjadi org yg sederhana dan berdikari. Semoga aku dan suami bakal menjadi ibu bapa cemerlang dunia akhirat.

Petua Bahagia :

Umur anda yg dihitung adalah umur berisi dengan kebahagiaan, keredhaan, ketenangan, dan kepuasan.

Sedangkan ketika bersikap rakus, tamak, dan merasa gelisah, maka ia bukanlah termasuk dari umur anda yg hakiki, kerana ia telah mengancam kesihatan dan kebahagiaan anda.

Maka jagalah keredhaan anda pada Allah, puas dengan pembahagian kurniaNya, beriman kepada taqdirNya, dan bersikap optimis dalam menghadapi masa depan.

Wednesday, November 25, 2009

Diari Cuti Sekolah : Hari Kedua n Ketiga

Antara akt yg dilakukan :

Selasa
1. Pg2 dah g sekolah, hantar laptop untuk diperiksa..tp tunggu punya tunggu, tp orgnya tak datang. So, aku tinggalkan laptop tu kat sekolah. Act, tak pernah pun bawak balik masa cuti. Tp, sebab ada keje sket, so, bawak gak lah.

2. Pas g sekolah, terus g segamat. Beli kain untuk wat bengkung n kain bedung baby. Memg aku plan nak wat sendiri semua tu, baru puas hati coz boleh pilih sendiri jenis kain yg kita nak. Pendek kata, berkualiti n murah.

3. Balik rumah, dalam jam 5, then suami aku g Batu Pahat untuk Program Perintis Jutawan. So, aku tido rumah mak malam tu coz biasenya suami aku mesti balik dalam jam 2.

Rabu
1. Pg2 lg dah balik rumah, ajak suami g pasar tani. Kejut punya kejut, adalah dalam jam 8 baru suami aku bangun. Geram dia tengok aku pasal dok ajak dia g pasar tani.

Memg aku tau dia ngantuk giler tp apa nak buat...dia ajelah yg aku ada untuk temankan aku g pasar. Yg sebenarnya, aku nak beli air soya..aku memg tak suka beli yg dalam kotak coz dah tambah perisa n pewarna.

2. Balik dari pasar, mak mentua aku dah menunggu di rumah. Act dia baru sampai dari Benut. Memg planning tahun ni, mak mentua n all family suami raya rumah aku.

Aku pun suka bila diorg datang. Ada lah kawan kat rumah..n aku pun leh lah bertandang rumah mak aku tahun ni. Sian mak n abah..Along tak dapat balik raya tahun ni coz mak mentua dia yg kat Kemaman tu tak sihat..

Nasib baik adik pompuan aku lum dapat keje lagi. Leh dia teman mak kat rumah...Takpe Ct Huyik, kak ngah sentiasa doakan ko dapat kerja yg baik. Macam ko doakan kak ngah dulu..

3. Pastu, lepas Zuhur, terus kitorg sumer g Pameran Pertanian di Air Hitam..Saje nak bawak mak jalan2..

4. Dah alang2 gi Air Hitam, kitorg terus la g Kluang. So, ptg tu, kitorg berenam tengok citer 2012 kat Kluang Mall. Memg best citer tu.

Pengajaran dari citer tu, banyak2 lah bertaubat n insaf coz Hari Kiamat memg dahsyat. Lebih2 lg kita sebagai org Islam. Seperti yg kita tahu, Hari Kiamat lebih dahsyat daripada yg digambarkan.

Tp, aku just nak ingatkan, kalo korg jenis yg tak boleh tengok perkara2 yg dahsyat seperti kemalangan ke, gambar2 kematian ke, baik jgn tengok citer tu. Takut korg terkujat...hehe..

Dan aku jugak nak ingatkan, walaupun citer 2012 tu dahsyat, dahsyat lagi Hari Kiamat sebenar..dan paling penting, sentiasa bersyukur kerana kita ditentukan sebagai orang Islam..Alhamdulillah....

5. Sampai dari Kluang, dalam kul 11. Lepas bersihkan diri, aku baca buku karya Dr. Aid Abdullah, then after a few minutes, tido...

Saturday, November 21, 2009

Hari pertama cuti

hari ni hari sabtu bersamaan 21 nov 2009.

apa yg aku wat hari ni?

1. bangun pg, sarapan karipap n pulut panggang plus kopi o

2. pastu, tolong mak masak pucuk ubi masak lemak. nyum2...memg sedap....

3. jam 11 pg, balik rumah n sediakan sarapan untuk suami n kawannya yg tumpg tido..nama dia fendy..

4. tido lebih kurg satu jam, baru solat. ish2, memg tak elok. pattnya solat dulu...pasni insaf ye iyzah...

5. nengok tv citer hindustan sampai jam 5.30 ptg

6. baca blog. best coz dapat banyak maklumat.

7. ambil masa sket, wat new post nie...

8. malam ni, teman suami g Hotel Pegasus Segamat, coz dia ada preview USANA...gud luck abang!!!

So, itu sahaje lah aktiviti hari ni..nampak mcm tak berapa nak best tp kira orait lah untuk hari pertama cuti. Sesungguhnya inilah cuti sekolah yg kutunggu2 coz dah 2 tahun, cuti panjang macam nie, aku blajar kat maktab...

Saturday, November 7, 2009

Apa Yg Membuatku Rasa Bahagia?


Bila berfikir tentang bahagia ni, banyak perkara yg boleh membuatku rasa bahagia..Topik sebelum ini hanyalah umum (Jalan Menuju Bahagia). Tapi, dalam topik kali ini, aku nak kongsi perkara2 yg boleh buat aku rasa bahagia..

Seperti yg kita semua percaya dan tahu, solat, zikir, mengaji boleh membuatkan hati kita rasa bahagia dan tenang, selain melancong dan membeli-belah (membeli lepas tu tak blah2) juga sentiasa berjaya menaikkan mood, tapi, apa yg aku ingin kongsikan di sini ialah perkara2 kecil yg biasa kita lakukan tapi itulah kebahagiaan pada diriku.

Kesimpulannya, walaupun pada org lain benda tu kecil tp bg aku ia boleh membuatku bahagia;

Pertama - Membaca buku. Membaca adalah hobiku yg paling utama. Bila aku rasa penat, runsing, tertekan, atau nak marah, aku akan cepat2 ambil buku dan baca. Tak kira apa tajuk asalkan buku yg boleh dibaca.

Tapi, antara topik kegemaran ; hal2 berkenaan agama, perniagaan, kewangan, motivasi, kisah cinta suami isteri, dan pengalaman hidup yg indah.

Walau ke mana aku pergi, pasti akan kucapai sebuah buku dan bawa ke mana sahaja. Aku memg rajin ikut suami berjumpa rakannya. So, sementara menunggu, aku pasti akan membaca buku tersebut.

Di sekolah pun sama, bila semua kerja dah siap, sementara menunggu waktu balik, walaupun tinggal 10 minit lg, aku tetap akan membaca.

Bagiku, bila membaca, ilmu kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Sesuai dengan saranan Rasulullah, Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

Bila membaca, aku terlupa seketika tentang masalah yg menimpa. Magiknya, sehabis membaca beberapa muka surat, aku dapat rasakan hatiku semakin tenang dan kalau rasa marah, kemarahan tu akan hilang atau paling tidak kurang.

Aku yakin, org yg rajin dan suka membaca pasti akan bersetuju dengan kenyataanku ini.

Aku bersyukur kerana suamiku juga seorang yg suka membaca. Kami berkongsi hobi yg sama dan bila ke mana2 pusat beli belah, pasti wajib bg kami masuk ke kedai buku seperti MPH, POPULAR ataupun BADAN.

Aku sentiasa berdoa agar Tuhan sentiasa memudahkan rezeki kami berdua supaya kami boleh sentiasa membeli buku atau bahan bacaan ringan yg lain.

Kalau majalah pula, aku suka membeli Majalah Keluarga, PaMa, Women's Weekly, Cleo, dan ANIS.

Antara buku yg paling aku suka baca ialah La Tahzan dan Pemilik Hatiku (Selain Allah dan Rasul).

Kedua - Minum minuman panas. Ya! Minum sambil membaca adalah perkara yg paling membuatku bahagia. Selalunya, sekitar jam 5 selepas solat asar, aku suka membancuh segelas air dan mula membaca. Mengapa hanya segelas? Suamiku tidak suka minuman panas kerana katanya terlalu manis. Tapi, bila dia nampak biskut cracker, pandai plak dia minta aku watkan teh o.

Antara air yg selalu kubancuh ialah kopi o, teh o, susu, dan nescafe. Sebut pasal teh o ni, perisa yg paling aku gemari ialah teh o laici.

Cumanya, semenjak berbadan dua ni, aku kurangkan minum minuman manis dan berkafein. Minuman berkafein tidak baik untuk kesihatan dan tingkahlaku bayi dalam kandungan. Kata org yg berpengalaman, minuman berkafein akan membuatkan bayi sangat aktif dan terlalu lasak.

Aku akan menikmati sepuasnya saat-saat yg mambahagiakan ini. Sambil minum, baca buku, sambil menghirup udara segar di sekitar rumah. Sungguh tenang dan lapang.

Ketiga - Minum di Kopitiam bersama suami. Aku suka berkunjung ke kopitiam dan menikmati pelbagai jenis kopi yg ada. Hari ni, aku order lain, esok lusa, aku order kopi perasa lain plak. Antara kopitiam yg selalu aku kunjungi ialah Rengit Coffee di Batu Pahat Mall.

Dalam banyak2 kopi, aku paling suka minum Mocha Coffee. Sambil minum, kami akan berbual atau paling tidak membaca buku yg baru dibeli. Sangat membahagiakan! Mujurlah, suamiku jenis sporting dan layan jek kesukaanku ini. Walhal aku tahu, dia bukanlah suka sangat minum minuman manis ni.

Tapi, aku baru je dapat maklumat ni. Suami aku bgtau, most kopitiam ada yg tak halal. ini disebabkan kandungan dalam kopi tersebut yg mengandungi lemak babi esp kopi yg ada susu like coppucino, maybe mocha, or latte..aku sedih gak dapat tau maklumatni. maknanya, lepas ni kalo nak gi kopitiam gak, kena dapatkan maklumat kopitiam yg halal dulu..or..takyah g terus.ish..sedih...

Keempat - Memasak hidangan untuk suami. Aku dan suami sangat suka makan..Apa yg membuatku bahagia ialah melihat suamiku menikmati makanan yg dimasak.

Dia tidak lokek untuk memuji masakanku dan paling menakjubkan diriku ialah suamiku akan cuba menghabiskan setiap hidangan yg aku sediakan. Suamiku juga seorang yg rajin membantu di dapur. Paling tidak pun, dia akan tolong membasuh pinggan. Sebab itulah aku tidak berkira menyediakan masakan untuknya walaupun aku penat. Terasa berbaloi-baloi!

Tambahan lagi, suamiku sangat menjaga kesihatan.agak sukar untuk dia mahupun membenarkan aku menikmati makanan yg kurg khasiat esp fast food. makanya, selalulah dia meng'order' sahaja dari aku apa2 jek yg dia rasa nak makan. paling dia suka soto, nasi ayam madu n mee bandung. nak wak mee bandung, feewwh, masak bumbu dia jek hampir satu jam! nasib baik leh simpan lama..

Kelima - Makan hidangan yg disediakan suami. Bukan aku sahaja yg suka memasak. Suamiku juga suka memasak. kadg2, dia akan menyediakan sarapan pagi untukku sebelum aku g sekolah. kadg2 tu, makan malam pun dia yg sediakan.

Mungkin dia tak perasan. Tapi, aku begitu terharu dan rasa bahagia sangat setiap kali makan hidangan yg disediakan suamiku. Rasa macam mengalir seluruh kasih sayangnya untukku. So, kepada pembaca yg bergelar suami, rajin-rajinkankan diri anda untuk menyediakan hidangan untuk isteri tercinta. Bukan sape2 pun kan, ibu kepada anak anda jugak!

Sekian sahaja untuk malam nie... semoga kita semua sentiasa bahagia dan sentiasa menuju bahagia!

Ingat, kebahagiaan adalah pilihan kita sendiri...



Friday, October 23, 2009

Pengalaman Mengandung

Aku berkahwin pada 9/08/08 dengan seorang lelaki bernama Mohd Najib Asaddok. Aku dan suami sangat sukakan kanak-kanak. Atas sebab itu jugalah aku memilih kerjaya sebagai guru sekolah rendah. Namun, pada waktu itu aku tidak boleh mengandung kerana masih belajar di maktab perguruan. Mengikut perkiraan, aku akan habis belajar pada Jun 2009. Walaupun begitu, aku dan suami hanya merancang secara normal, tidak menggunakan pil perancg atau suntikan.

Aku dan suami tercinta


Bulan Mac 2009, aku tekad untuk tidak merancang lagi. Walaupun ada sedikit rasa takut sekiranya ter..mengandung,tapi aku berserah pada Tuhan. Niat aku hanya satu. Aku ingin suamiku mendapat yang terbaik dariku.


Masuk bulan Mei, aku lambat datang haid. Perutku sentiasa terasa senak dan macam masuk angin. Pada mulanya aku tidak syak apa2. Namun, setelah 2 minggu, haidku tidak juga datang, aku mengambil keputusan memeriksa samada aku mengandung atau tidak menggunakan preg test kit. Terdapat 2 jalur yg menandakan bahawa aku mengandung. Memg betul kata org, uji air kencing pada waktu pagi setelah bangun tidur, memg mudah dapat keputusan tepat. Tetapi aku tetap tidak mahu percaya kerana aku takut kecewa (sebelum ni, dah banyak kali test, tapi 1 jalur jek).


Suami membawa aku ke klinik swasta di Pontian (rumah mak mentua). Sekali lg doktor uji air kencing guna preg test kit. Memg sah aku mengandung!


Hanya Tuhan Yg Tahu betapa aku teramat gembira! Dah lama aku nantikan saat ni..Aku bersyukur..Terlalu bersyukur…


Apabila aku beritahu pada suami, aku dapat lihat wajahnya yg gembira dan tersenyum puas. Kalaulah mak mentuaku takda masa tu, confirm dia akan peluk aku kuat2. Takpun, aku yg cium dia kuat2.

Aku jugak dapat lihat yg mak mentua aku pun happy. Cucu sulung lah katakan. Mcm2 petua dan pesanan yg dia titipkan untukku.


bersama ibu mentua


Aku tak mengambil masa yg panjg memberitahu ibuku berita gembira ini. Aku yakin dialah org yg paling gembira selepas suamiku bila mengetahui aku mengandung. Hanya ibuku dan suamiku sahaja yg tahu betapa aku menyukai dan menyayangi kanak-kanak dan betapa aku amat risau kalau2 aku sukar dapat anak.


Nak tahu kenapa mak begitu happy kalo aku mengandung? Mak kata kita sebagai manusia, jgn terlalu suka pada sesuatu kerana ditakuti apabila Allah menduga, kita akan berasa sangat sedih. Lgpun aku mempunyai sejarah keturunan yg sukar dapat anak sebelah ibuku. Atuk lahirkan mak selepas 13 tahun berkahwin. Mak pulak lepas setahun kahwin, baru preg.


Mak, ijah dah preg!!! Alhamdulillah…..


Terima kasih abang kerana menjadi suami yg baik dan prihatin.B berdoa supaya anak kita akan mewarisi sifat abang yg sentiasa berusaha yg terbaik dalam apepun yg abag lakukan. Aminnn….


Berbalik pada pengalaman mengandung (yg kat atas tu, intro jek), aku tidak mengalami muntah2 atau loya seperti kebanyakan wanita mengandung. Sebaliknya, aku kerap demam (demam biasa yg suhunya kurg dari 37.5’c). Hampir setiap minggu aku demam. Kalau tak demam pun, badan aku akan terasa macam nak demam.

Tp, seleraku memg sentiasa ada.


Tak pernah dalam sehari pun, aku tak berselera makan. Bagilah apa sahaja, semua aku makan. Org yg paling risau mestilah suamiku. Dia takut kalau2 berat badanku naik berkilo2.

Tp aku tak peduli semua tu. Hinggalah satu hari di hari raya, aku sengaja buat pemeriksaan di sebuah klinik. Terkejut gilerr aku bila berat badan aku naik mendadak 5 kg! Bayangkan dari 65kg, terus naik 70kg! Sempat gak aku tanye nurse tu, betul ke timbang ni nurse? Dan dia hanya tersenyum…Alahai….




masa ni, kandungan dah 6 bulan dan berat 72kg


Tu takpe lg. Bila naik sekolah semula, teruk aku diperli kawan2 aku yg memg poyo semuanya. Ada yg kata perut aku dah macam 8 bulan walhal waktu tu baby aku baru 5 bulan. Sekali lg..alahai….


Setelah kenaikan 5kg tu, aku mula jaga makan. Menu pertama yg aku cuba hindarkan ialah nasi. Aku masih ingat antara punca utama berat badan aku naik mendadak kerana hari2 aku berbuka dengan nasi bungkus (masa ni terpaksa dok maktab sepanjg bulan pose). Memg hebat penangan nasi ni. So, korg hati-hatilah yek.

Bila dah kurg makan nasi ni, barulah berat aku naik 2 kilo dalam sbulan (kenaikan normal bagi ibu mengandung, menurut rakan aku, nanie, yg jugak seorg doktor).


Kalo tak makan nasi, aku cepat lapar. Ape yg aku buat ialah banyak makan buah. Boleh dikatakan peti ais aku tu memg sentiasa ada 2 atau 3 jenis buah. Sampai adik pompuan aku cakap yg dia memg suke bertandang rumah aku ni sebab banyak buah. Antara buah-buahan yg sentiasa ada ialah oren, anggur, tembikai merah dan tembikai susu. Asal lapar jek, aku tenyeh buah tu banyak2.


pemandangan di galeri seni UiTM


Selain tu, aku jugak gemar wat jus sendiri. Bukan sembarangan jus yg aku buat. Antara jus yg aku slalu blend kat rumah ialah jus kurma, jus tomato, n lobak. Memg kenyang! Korg cubalah yek. Selain terjamin kebersihannya, aku ada baca, kalau banyak minum jus kurma, mudah bersalin.Kalo jus tomato, nanti otak anak cerdas. Lobak tu plak baik untuk hindarkan penyakit. Aku kan slalu demam. Memg sesuaiiii…


Dan sejak semalam plak, aku dah mula minat makan pecal (sejenis makanan org jawa). Selain banyak sayur, kuah kacang dia gak wat aku kenyang. Bukan aku tak takut sakit perut, maklumlah pecal tu kan pedas, tapi kebetulan nurse kat Labis ni gtau aku supaya banyak makan kekacang dan sayur (sumber protein). Tu yg aku bedal semacam jek. Sedap plak tuh. Tadi pun aku beli pecal lagi..So far, Alhamdulillah, belum ada tanda2 aku sakit perut.


Aku ingat lagi, masa kandungan aku 5 bulan ke bawah, masalah utama aku ialah aku susah nak buang air besar.Tambahan lagi, aku kena makan pil tambah darah. Nurse kata pil tu leh menyebabkan seseorg sukar buang air besar dan menjadikan warna najis berubah hitam.


Namun, masuk bulan keenam nie, hari2 aku mesti buang air besar. Aku memg teringat yg masa Bulan Ramadhan ari tu, hari2 aku berdoa supaya aku dapat buang air besar hari2. Sesungguhnya doa wanita yg mengandung nie mudah dimakbulkan. Terima kasih Ya Allah!


Namun, aku juga berusaha untuk buang air besar. Caranya, bangun je dari tidur, terus aku teguk secawan air masak atau air suam. Memg tak tunggu lama. Lepas mandi dan solat, confirm aku berlari ke toilet untuk qadak hajat.


Tapi, ada satu hari tu, memg aku terkejut beruk sangat hingga tak semena-mena aku menangis. Citernye camni. Kan korg tau berat badan aku naik mendadak. Memg kebiasaannya kalo berat badan naik sangat ni, kita memg kena minum air gula (untuk cek kencing manis). Kengkawan aku kata minum air gula ni loya dan bo termuntah. Dan kalo termuntah walau sedikit, kita kena minum sekali lg! memg naya.


Pg2 lagi aku dah gi klinik untuk minum air gula. Adalah secawan besar. Aku dah kecut perut bila tengok sumer ibu-ibu mengandung yg ada kat situ mcm nak muntah. Alamak, mcm mana ni? Aku tawakal je lah. Tp, Alhamdulillah, bila aku minum, takda pape.


Tp, memeranjatkan aku tu, bila lepas 2 jam, darah aku yg diambil tu ada kencing manis. Bacaannya 8.2. Nurse kata kalo lebih 7.8, kita memg ada kencing manis. Aku btl2 tak sangka yg aku ni skang ialah penghidap kencing manis! Depan nurse tu, aku control cun lg. tp sampai je rumah, aku terus nangis sampai suami aku pun risau. Aku pun tak tau nape aku nangis. Tp yg ternyata ialah aku memg btl2 terkejut!


Aku syak antara sebab aku kena kencing manis ialah aku kerap dan suka minum air gas. Walhal, sebelum preg, aku bukannya suka sangat minum air gas tu. So, apa lg, semenjak aku disahkan ada kencing manis, aku terus kawal dari minum air gas tu. Kalo terasa nak sangat minum, baru aku teguk sket. Bila aku tanya kawan2 yg sama2 preg, rupa2rupanya diorg pun suka minum air gas. Alasan diorg air gas ni bo hilgkan loya. Aku plak minum air gas sebab macam sedap je kan air tuh..hehe…padan muka aku!


lenggang kangkung di majlis konvo adik ipar


So, korg jaga2 dengan air2 bergas ni. Kalo tak mengandung pun, jangan minum slalu. Kandungan gula terlalu tinggi!


Oklah, untuk malam ni, sampai sini je dulu eh. Aku nak rest sambil nak baca buku + minum horlick susu..

Selamat malam.

Thursday, October 8, 2009

Langkah Menuju Bahagia

Kebahagiaan adalah sebuah pilihan. Orang yang bahagia memahami hal ini, sementara orang yang tidak bahagia berjuang dengan menilai diri mereka sendiri mengapa mereka tidak memiliki fikiran yang tenang.

Langkah pertama menuju bahagia adalah memahami bahawa kebahagiaan adalah sesuatu yang kita perlu belajar.Selalulah melihat bahawa kita punya pilihan dalam segala hal yang kita lakukan. Oleh itu, pilihlah yang terbaik bagi diri kita.

Pentas kehidupan menjanjikan seribu satu pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk kita belajar mengenal erti kepayahan dan kebahagiaan. Kutiplah semuanya dan reda atas apa yg berlaku. Waktu yg sama, jadikan semua itu sebagai cara untuk kita belajar bagaimana memilih untuk bahagia.

Berikut adalah beberapa tips khusus yg boleh kita amalkan setiap hari bagi menuju bahagia:

Pertama - Banyak tersenyum - Jika tersenyum terlalu sukar bagi anda, ambil sebatang pensil dan gigit pensel tersebut. Anda akan dapati bahawa otot-otot muka anda seperti org tersenyum seterusnya otak anda akan menghantar isyarat senyuman dan mula menghasilkan bahan kimia "bahagia".

Kedua - Sentiasa berada di sekitar orang-orang yang positif - Orang yg bahagia akan sentiasa bersemangat dan mampu mengatasi cabaran manakala org tg tidak bahagia lebih cenderung berbaring dan menyalahkan diri sendiri dan takdir. Berada di kalangan org yg bahagia akan memudahkan kita belajar erti bahagia dan memilih bahagia. Maka, pilihlah untuk bergaul dengan org-org yg sesuai dengan keperluan kita.

Ketiga -Tertawa - Sama seperti tersenyum, tertawa adalah cara yang hebat untuk mengatasi cabaran fizikal dan emosional. Jika hal itu tidak berlaku secara semulajadi, cubalah terapi tawa. Kita boleh menonton cerita lucu mahupun berbual dengan org yg mempunyai karektor yg lucu.

Keempat - Aktif - Menjadi aktif secara fizikal boleh membuat kita bahagia. Antaranya kita boleh menari, bersukan, berkebun, memasak makanan kegemaran bahkan mengemas rumah dengan hanya menyapu lantai pun boleh membuat kita bahagia!

Kelima - Kreatif - Fikirkan hal-hal kreatif yg selalu dilakukan orang untuk hidup bahagia atau sebagai hobi dan perhatikan betapa banyak hal-hal yg kreatif itu memberi rasa bahagia kepada mereka. Mengecat, mengambil gambar, menari, memahat, mencipta resepi baru, menulis puisi ataupun berkebun. Memanfaatkan kemampuan kreatif yg ada dan temukan "kebahagian" itu.

Keenam -Pelukan - Pelukan adalah cara terbaik untuk memberi dan menerima kebahagiaan. Sentuhan fizikal sangat penting bagi menghasilkan hormon bahagia terutamanya dengan org yg kita sayangi. Peluklah suami, anak, ibu, ayah atau rakan dan rasailah kebahagian pasti akan mengalir dalam diri kita jika kita amalkan selalu. Jadikan pelukan sebagai satu kebiasaan.

Ketujuh - Bertindak seperti seorang kanak-kanak - Jangan malu untuk berperangai seperti kanak-kanak sekali sekala kerana hal itu akan membuatkan kita merasa muda dan segar. Cara paling mudah, kunjungi taman tema seperti di Sunway Lagoon atau Genting Highland dan nikmati sepuasnya permainan yg ada! Ingat, "Kita tidak berhenti bermain kerana kita menjadi tua tetapi kita menjadi tua kerana kita berhenti bermain ".

Kelapan - Lakukan suatu kebaikan - Antaranya berkata dengan perkataan yg baik dengan org lain, menawarkan bantuan, memberikan tempat dalam bas atau bertolak ansur dengan pemandu lain di jalan raya boleh menerbitkan rasa bahagia secara tiba-tiba. Cubalah!

Kesembilan - Bersyukur - Sentiasa rasa bersyukur: mengucapkan terima kasih untuk semua yang kita miliki dan hargainya dalam hidup kita. Syukur adalah cara untuk meningkatkan kebahagiaan dan menghilangkan kehidupan yg memberi tekanan. Paling mudah, bersyukurlah kerana kita mempunyai rumah untuk berteduh, kereta untuk membawa kita ke mana sahaja walaupun hari hujan dan keluarga yg sentiasa menyayangi kita.

Monday, October 5, 2009

KUASA DOA YANG YAKIN (1)

Bertemu lg buat kali kedua..Selamat sejahtera semua. Semoga ALLAH merahmati hidup kita semua terutama yg membaca artikel ini.


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kpd mereka) : sesungguhnya Aku(ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) ; Aku perkenankan permohonan org yg berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. (Ayat 186, Surah Al-Baqarah)

Sebagai umat islam, kita wajib yakin pada Al-Quran. Tetapi sejauh mana keyakinan kita, hanya ALLAH sahaja yg Maha Mengetahui akan setiap hati hamba-hamba-Nya. Kadang-kala, selepas beberapa kali berdoa perkara yg sama, namun masih belum dimakbulkan, hati kita mula berasa sangsi. Hati kita masih was-was mengapa ALLAH masih belum makbulkan doa kita walhal kita rasa kita telah berdoa dgn bersungguh-sungguh.

Kadang-kala, apabila perkara yg kita doakan itu berlaku sebaliknya, cth, kita berdoa supaya anak menjadi baik, namun yg terjadi adalah sebaliknya, kita mula menyalahkan takdir. "Dah ditakdirkan yg anak aku memg nakal, nak wat camna" Apakah perasaan seperti itu menunjukkan bahawa kita yakin dengan ayat-ayat ALLAH?? Mari kita fikirkan dan renungkan bersama sebagai muhasabah diri..

Ayat di atas adalah kata-kata dari ALLAH yg Amat Mengasihi kita. Kasih sayang seorang ibu yg sanggup mati demi anaknya pun, tidak dapat menandingi kasih ALLAH kepada kita semua. Maka, atas alasan apa kita berasa was-was pada kata-kata-Nya?

Maka, apabila berdoa, kita hendaklah meletakkan keyakinan yg tinggi bahawa doa kita akan dimakbulkan. Kita juga jgn lupa meletakkan perasaan takut ketika berdoa. Takut yg dimaksudkan ialah takut andai doa kita ditolak. Takut ini penting supaya kita sentiasa memperbaiki amalan dan menjauhkan larangan-Nya agar doa mudah dimakbulkan.

Hanya masa yg menentukan bila doa kita akan dimakbulkan. Mintalah apa sahaja yg baik-baik. ALLAH pasti akan makbulkan. Lebih-lebih lg setelah kita berusaha bersungguh-sungguh atas perkara-perkara yg baik. Andainya, DIA tidak memakbulkan doa kita ketika di dunia, pasti doa itu menjadi pembantu kita menghadapi akhirat kelak. Maka, tidak ada ruginya apabila kita meluangkan sedikit masa (lg bagus meluangkan banyak masa!) untuk berdoa.

Berdoalah di mana-mana sahaja. Bukan sahaja ketika bersolat. Ketika memandu ke tempat-tempat yg baik pun kita bo berdoa. Lagi satu, jgnlah kita kedekut untuk mendoakan org lain hatta untuk org yg bermusuh dengan kita sekalipun. ALLAH Maha Luas Kasih Sayang-Nya. Manalah kita tahu, sebelum DIA memakbulkan doa kita untuk org lain, terlebih dahulu, DIA akan memastikan doa kita untuk diri kita dimakbulkan dahulu.

Tujuan saya menulis artikel yg bertajuk Doa ini kerana ia sangat dekat dengan kita. Hari-hari kita berdoa. Saya yakin, ramai di luar sana sentiasa berasa yg banyak doa-doa mereka sebelum ini telah dimakbulkan. Maka, saya yg masih merangkak-rangkak dlm mencari ilmu ni, amatlah menghargai andai ada yg sudi berkongsi cerita mengenai Doa ini dengan saya dan pembaca yg lain. Saya akan lbh gembira andai ada yg sudi membetulkan mana-mana pendapat atau kefahaman saya yg kurg tepat mengenai Doa ini.

Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita semua..Amin...

Selangkah Ke Alam Blog

Terlebih dahulu, syukur ku panjatkan kerana DIA lah yang membuka hatiku untuk mula menyukai dunia siber. Aku seorang perempuan yang sangat simple dan benda yang paling aku benci adalah komputer dan yang sekufu dengannya. Makanye, kalo dah komputer tu aku benci, dunia siber lagi lah aku tak sudi nak ambil tahu.


Namun, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. DIA ketemukanku dengan pasangan yang amat-amatlah suka plus cinta tak ingat dengan komputer dan dunia siber ni. Hanya setelah hampir sepuluh tahun mengenalinya, barulah aku terbuka hati untuk menghadap internet. Itupun adalah kerana suamiku membuat sebuah facebook untukku. Katanya terdapat ramai kenalan lama yg boleh kita jumpa di laman tersebut.

Sebelum ni, friendster pun aku tak amik peduli. Dah memg benci kan, nak diapakan lagi. Tapi, semenjak dua menjak ni jek aku nak lah jugak buka internet tengok facebook. Suka gak lah tengok perkembangan rakan-rakan lame esp yg pernah berkawan baik denganku.

Bila dah mengenali facebook, suamiku kenalkan pula aku dengan blog. Mcm biaselah, dia jugak lah yg bina blog untuk aku. Lgpun, suamiku tahu minat dan kecenderunganku terhadap dunia penulisan. Dia jugak lah yg yakinkan aku bahawa aku memg teror dalam bab-bab membina ayat ni.

Itulah serba sedikit pengenalan diriku sebagai blogger baru. Harapanku tak tinggi. Hanya berharap agar apa-apa sahaja artikel yg kutulis dapat dibaca, diambil kebaikannya dan dikongsi bersama.Amin...

Sunday, October 4, 2009