Monday, December 14, 2009

Alahan Semasa Mengandung

Sepanjang mengandung anak sulung ni, aku mengalami alahan kulit.

Di awal kandungan iaitu pada trimester pertama dan kedua, aku hanya mengalami alahan mengandung berupa gatal2 di bahagian kaki. Walaupun ia hanya meliputi kawasan yg kecil, namun kegatalan yg kurasai amat kuat dan sepanjang masa.

Pada mulanya aku anggap ia adalah penyakit kulit biasa, namun setelah 2 bulan berlarutan, alahan yg kurasai semakin teruk.

Apabila aku ke klinik swasta, doc hanya mengatakan ia adalah sejenis alahan mengandung yg berlaku akibat daripada pemakanan. Doc menyarankan padaku agar menghentikan minuman dan makanan yg berasaskan susu dan produk tenusu.

Selain itu, disebabkan alahan mengandung ini, aku juga dilarang mengambil makanan berasaskan kekacang dan makanan laut.

Aku sempat bertanya doc adakah tidak mengapa jika aku tidak minum susu semasa mengandung, tetapi doc memberitahu bahawa kita boleh menggantikan susu dengan produk yg mengandungi protein dan kalsium yg lain.

Walaupun berat hati untuk aku mengikut saranan doc tersebut, namun aku tinggalkan juga makanan2 itu selama sebulan lebih.

HAsilnya? Penyakit gatal2 di kaki semakin teruk. Sebelum itu, biarlah aku menerangkan bentuk gatal2 yg aku alami.

Jika dilihat dengan mata kasar, ia hanyalah seperti kudis yg bersaiz kecil. Saiznya lebih kurg 1cm x 1cm.

Tetapi, jika dilihat dengan secara halus, ia mempunyai banyak lubang2 kecil yg mana apabila aku menggaru atau memicitnya, akan setiap lubang2 itu akan mengeluarkan air.

Pada mulanya aku berasa sungguh takut lebih2 lagi apabila melihat begitu banyak lubang2 kecil tersebut. Aku dapat rasakan di dalam setiap lubang tersebut mengandungi beratus2 kuman yg sedia untuk memakan kulitku!

Setiap hari aku akan menggaru dengan kuat kawasan alahan tersebut hingga berdarah!

Apabila terjadi kudis, aku pasti akan mengopeknya. Ya, aku rasa aku seperti budak kecil yg selekeh dan tidak menjaga kebersihan. Aku begitu tertekan. Setiap hari aku berdoa agar alahan gatal2 yg kualami ini sembuh.

Suamiku begitu risau melihat keadaanku. Semestinya dia tidak menjangka bahawa kudis yg hanya sebesar bulatan kecil itu mampu membuatkan diriku begitu haru-biru!

Tidak cukup dengan ubat klinik, aku juga membeli ubat di farmasi. Tidak kurang 4 jenis ubat yg kubeli di farmasi. Dari yg murah hinggalah yg paling mahal. Namun Allah masih belum mengizinkan kulit kakiku sembuh..Aku pasrah kerana at least, aku dah berusaha.

Dalam pada itu, alahan di kakiku semakin hari semakin merebak. Dari satu tempat sahaja, kini ia telah merebak di bahagian yg lain. Bukan sahaja di satu kaki, namun kaki sebelahku juga turut menerima alahan tersebut.

Aku semakin risau tetapi aku tetap tidak boleh meninggalkan tabiat menggaru hingga berdarah.

Padaku, apabila aku menggaru, ia akan menjadi sakit dan apabila aku terasa sakit, barulah aku tidak rasa gatal.

Setelah usia kandunganku 7 bulan, atau dengan kata lain, telah 7 bulan aku mengalami alahan gatal2 tersebut, aku pergi ke sebuah klinik di Segamat untuk scan.

Setelah scan, aku sempat menceritakan keadaan gatal2 di kakiku dan bertanya adakah sebarang ubat yg kuat untuk merawat kegatalan tersebut.

Doc memberiku sejenis ubat sapu. Nama ubat tersebutTriconazole Cream. Ia terdiri daripada Triamcinolone Acetonide (0.1%) dan Econazole Nitrate (1.0%).

Setelah membaca arahan dengan teliti, aku pun menggunakan krim tersebut. Alhamdulillah...tidak sampai seminggu aku menggunakan krim tersebut, gatal2 yg kurasai semakin berkurang.

Setelah 2 minggu menyapu krim tersebut, aku dapat rasakan alahan gatal2 ku semakin sembuh. Kesannya semakin hilang dan akhirnya aku tidak perlu menggaru lagi.

Namun begitu, akibat dari selalu menggaru, jarikuku juga terkena alahan gatal2 tersebut. Namun aku sentiasa menggunakan krim tersebut agar ia tidak merebak.

Selain alahan gatal2 di kaki, aku juga terkena alahan mengandung berupa gatal2 di sekitar kawasan perut.

Kegatalannya sama seperti yg kurasai di kaki. Sah, aku memang mengalami alahan mengandung di bahagian perut pula. Seingat aku, alahan di perut bermula apabila kandungan memasuki bulan ketujuh.

Namun begitu, aku tidak berani untuk menggunakan krim yg sama di bahagian perut. Ini kerana, berdasarkan arahan yg kubaca, krim tersebut akan meresap jauh ke dalam kulit dan aku takut berlaku kesan sampingan kepada anak dalam kandunganku.

Apa yg kubuat bagi mengurangkan gatal ialah aku menyapu minyak gamat ataupun sebarang minyak berangin bagi mengurangkan kegatalan.

Aku juga menggunakan bawang putih yg telah dipecahkan untuk disapu di bahagian perut. Apabila aku bertanya kepada doc, beliau juga memberitahu bahawa gatal2 tersebut sukar untuk diubat kerana ia merupakan alahan mengandung dan ia berlaku di kawasan perut.

Sewaktu aku menulis artikel ini, perutku masih lagi mengalami alahan mengandung ini. Aku berharap agar sebaik bayiku lahir, semua alahan semasa mengandung ini akan hilang. Amin....

6 comments:

  1. salam..hye iyzah...msti x sabar nk tggu bby kuar kan..:-)..nway,reen pun pnh kna mcm iyzah mse preg dlu...sebijik la...skrg pun stil ade lg kdg2 2...kjap ade,kjap xde...dah mcm2 ubt gk try...

    ReplyDelete
  2. lorr...tak hilang ke gatal2 nya. ni yg takut nie. Memg gatal sangat2 kan..ingat after deliver nanti, sumer tu hilang. takpe, nanti kalo ada ubat yg berkesan n selamat, iyzah bgtau eh. tp tunggu iy bersalin dulu lah. skang ni takut effect baby.

    ReplyDelete
  3. Allah bagi ujian pd hamba-Nya besesuaian kerana dia tahu hamba-Nya pasti boleh menempuhinya dgn baik....Faz pun dah 10 tahun mengidap 2 penyakit pakar saat ni...Faz mengisi hari-hari dgn 1000 kekuatan krn di luar sana msh ada insan yg terkadang menghitung waktu kematian berbanding kte yg hanya diberikan ujian yang tak semena...Berat mata memandang lg berat bahu memikul...Setiap linangan air mata hanya Allah yg tahu....wp org sekeliling tak memahami. Didoakan iyzah kuat smgt sepanjang pregnant....jg baby baik2..kena selalu letak ubat ye...allah nak uji kesabaran iyzah tue...

    ReplyDelete
  4. okaii...iyzah bile due nye ni?....moge sumenye selamat la eh....dah deliver nnt.jgn lupe gtau reen,k...:-)

    ReplyDelete
  5. nway,jgn lupe lawat blog reen gk eh..bru je nk blaja wt blog..hehe...reencomeii.bogspot.com

    ReplyDelete
  6. hmmm rara skrg ni preggy 8weeks.gatal gatal kat badan naik teruk.smpi berkudis.gelembung gelembung air di kaki pon ada.tp dh hilang.rasa sedih n tertekan sgt.malu tgk bdan sendiri.

    ReplyDelete