Sunday, March 11, 2012

Bahagiakah Saya Melalui Semua Ini?

Diam tak diam dah hampir 2 tahun saya tak update blog ni. kesian tul blog ni. dah bersawang kata suami saya.

Dulu berdua, sekarang berempat! Alhamdulillah, anak pertama saya, Muhammad Ammar lahir pada 4 Februari 2010 dan Ayatul Husna selamat dilahirkan pada Ramadhan tahun lalu, tanggal 10 Ogos 2011. Dari awal, saya dan suami memilih untuk tidak menamakan anak dgn nama yg terlalu panjang. Memadai nama tersebut membawa maksud yg baik dan mudah disebut.

Cerita tentang nama Ammar, saya hanya bg pandangan begini; Kalau abang rasa tak tahu nak kawankan nama Ammar dgn nama yg lain, just letak Muhammad di depannya. Ammar membawa maksud kemakmuran. hmm...Kehadiran Ammar memg sentiasa memakmurkan kami sekeluarga. Perangainya sangatlah 'baikkk' dan sangat aktif hingga makmur rumah saya dengan jerit ummi dan abinya yg acap kali menegur perbuatannya.

Ayatul Husna pula..hmmm, ramai yg kata saya ikut nama dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih. Saya hanya diam dan iyakan sahaja. Sebenarnya, nama itu saya dapat daripada seorg ustaz di sekolah tempat saya mengajar. Waktu itu, saya dan suami belum pernah menonton filem terbaik itu. Saya tanya padanya siapa nama kawan ustaz yg ustaz suka akhlaknya ketika ustaz belajar di Acheh dulu? Dia jawab 'Ayatul Husna'. Maksudnya Kata-kata yg Baik dan Lembut. Kebetulan saya memg suka menamakan nama anak dengan huruf A. Alhamdulillah, Ayatul Husna lahir dengan selamat.

Sesungguhnya kelahiran Ammar amat bermakna bagi saya dan suami. Maklumlah anak sulung. Lelaki pulak tu. Ya, suami memg inginkan anak lelaki sebagai anak sulung. Katanya, dia ada kawan nak g sarapan. Maklumlah, suami saya kan kerja di rumah, saya pula ke sekolah. Sebenarnya saya tahu kenapa suami inginkan anak lelaki. Suami yakin anak lelaki akan menjadi abang yang bertanggungjawab dan lebih boleh dipercayai menjaga adik2nya kelak. Ya, sepertimana suami saya yg sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarganya terutamanya ibunya dari dulu sampai sekarang. Antara sebab saya kagum dengannya. Semoga Ammar juga begitu. Amin.

Bercerita mengenai rumahtangga saya, kehidupan kami sama seperti pasangan yg lain..Sibuk dengan anak2. Kadangkala tidak ada masa untuk diri sendiri. Contohnya suami, sebelah pagi, menjaga Husna semasa saya ke sekolah. Bila balik sekolah, saya terus mengambil alih tugas suami menjaga anak2, manakala suami terus memulakan kerja di hadapan komputer.

Kalau nak cakap pasal kerja suami, memg nampak mudah sebb suami bekerja sendiri. Dialah bos, dialah pekerja. Namun, saya lihat cara suami bekerja mengalahkan CEO sibuknya! Maklumlah, jatuh bangun perniagaan, semuanya terletak di bahunya. Macam tak cukup masa saya tengok suami bekerja. Ada je yg ingin dibuatnya. Ada sahaja projeknya.

Kalau di sekolah, tugas guru memg tersedia banyak dan bertimbun, di rumah apatah lagi. Belum sempat duduk, anak2 sudah menunggu untuk disusukan. Memang saya akui, apabila habis waktu sekolah, macam lipas kudung saya memandu sbb saya tahu anak2 saya terutama Husna pasti menunggu saya. Husna susah nak minum susu dari botol kecuali bila dia betul2 lapar. Mungkin fitrah anak perempuan, lebih manja dan sentiasa ingin dipeluk.

Kalau di sekolah, sempat juga saya menghilangkan lelah, tapi di rumah, 1001 tugas menanti saya. Lipat kain, sapu lantai, masak, kemas rumah, hinggalah menguruskan anak2, membuatkan saya tidak sempat berehat dengan tenang. Memang boleh berehat dan goyang kaki. Alamat rumah pun tunggang langgang. Tambahan Ammar memang suka taburkan makanan sana sini. Memang hari2 kena sapu, kalau tak, mengundang semut yg ntah dari mana je muncul.
 
Bahagiakah saya melalui ini semua?

Kita bersambung pada artikel akan datang. 

dah lama gilerrr tak bukak blog..

siannya blog ni..ada masa, aku tulis ko ea blog..heh!

Tuesday, October 19, 2010

Belajar menjadi isteri solehah

Sudah beberapa hari aku baca buku tajuk Belajar Romantis. Buku tu sangat bagus! aku ingat buku tu biasa2 jek tp isi dia padat tentang perilaku seorang isteri yang baik dan tidak baik.

Antara yang menarik ialah seorang isteri perlu memperlihatkan perkara2 yang baik dan memberi suami cium bau2 yang wangi..Maksudnya, seorang isteri harus sentiasa menjaga kebersihan diri, berdandan di hadapan suami, dan mengemas rumah. Seorang isteri itu juga perlu sentiasa wangi
( di rumah ) agar suami hanya mencium yang baik2 sahaja dari isterinya.

Penulis juga menekankan bahawa hidup seorang isteri ( perempuan ) adalah di rumah. Pekerjaan yang paling mulia bagi seorang wanita adalah sebagai Surirumah!
Bukanlah maksud penulis wanita tidak boleh bekerja, tetapi wanita yang bekerja harus bersungguh-sungguh menjaga dirinya daripada sebarang fitnah. Maksudnya.. hindarkan dari bercakap perkara yang tak penting dengan lelaki lain, bila bercakap jangan secara lemah lembut, tetapi perlu tegas. Jangan mendayu2!

Selain itu, wanita sebaiknya menghindarkan diri daripada berborak2 kosong atau keluar minum2 bersama lelaki lain walaupun secara beramai2..Kalo nak keluar, keluarlah bersama suami..Sebaiknya, selepas balik kerja, terus pulang ke rumah tanpa menyinggah ke mana2 sekiranya tiada urusan penting ( yg sangat penting! ).

Saya juga tertarik dengan saranan penulis bahawa untuk meraih cinta sejati suami, seorang isteri perlulah menjaga hubungan baik dengan ibu mentuanya. Seorang suami tidak akan sekali2 suka dan redha jika isterinya mengata yang tidak baik tentang ibunya.

Ada sesetengah wanita, apabila telah berkahwin, dia menganggap bahawa ibu mentuanya adalah saingannya dalam meraih cinta suaminya. Wanita yang solehah patut menjauhi sangkaan seperti itu. Ibunyalah yang telah mengandungkannya selama 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkannya..melayannya dengan baik dalam tempoh waktu yg lama.
Sememangnya ibulah yang paling berhak terhadap anaknya iaitu suami kita! Maka, sangat dituntut agar kita sebagai isteri supaya memberi layanan yang terbaik kepada ibu mentua sama seperti kita melayan ibu kita sendiri.

Saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik tentang saya dan ibu mentua. Suatu hari, saya dan ibu mentua pergi ke sebuah pasar raya. Ibu mentua membeli beberapa barang dan saya juga membeli beberapa barang keperluan rumah.
Tiba di kaunter bayaran, suami memberi saya RM100 tetapi suami tidak berkata apa2. Kebetulan ibu mentua beratur di belakang saya ( untuk membayar barangnya ). Memang kebiasaan ibu mentua akan membayar sendiri barang keperluannya apabila berbelanja di pasar kerana suami dan anak-anaknya yang lain telah memberinya duit. Tetapi, saya berasa tidak sopan sekiranya saya hanya membayar barang saya kerana ibu mentua ada di belakang saya.

Lalu, saya bertekad membayarkan barang yang ibu mentua beli
walaupun dilarang oleh ibu..

Apa yang ingin saya kongsikan ialah...Saya akui, ketika itu saya agak kekurangan wang, menyebabkan hati agak berat untuk mengeluarkan duit lebih. Niat saya membayar untuk ibu mentua ialah kerana saya berharap ibu mentua dapat mendoakan kesejahteraan saya dan suami serta keluarga. Sempat juga saya memintanya agar mendoakan suami saya murah rezeki
( Waktu itu, memang keadaan kewangan kami agak terdesak ) ibu hanya tersenyum dan mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.

Sesungguhnya janji Allah adalah benar! Esoknya, suami saya untung USD 450..Hati saya berdetik, doa ibunya telah makbul dan saya berharap akan makbul sampai bila2!

Saya teringat bahawa sedekah yang paling baik adalah sedekah ketika kita juga hanya ada sedikit sahaja..dan orang yang paling utama menerima sedekah kita adalah ahli keluarga terutamanya ibu bapa kita.

Saya beruntung kerana mendapat ibu mentua yang baik dan menghormati saya sebagai menantunya ( Ibu bapa saya tentunya adalah yang terbaik! ). Saya menganggapnya sebagai satu rezeki..Memang doa saya sejak saya remaja ialah agar Allah mengurniakan saya suami, ibu mentua dan ipar duai yang baik untuk saya, untuk agama saya, dan hingga akhir hayat saya.

Semoga Allah menjadikan saya seorang yang bersyukur dan dijauhkan saya daripada menjadi orang yang kufur...




Doa saya untuk seluruh umat muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat agar dikurniakan kesejahteraan dan mendapat rahmat dari-Nya. Semoga kita semua mendapat tempat di Syurga Firdaus Al-A'la..Amin....

Tuesday, October 12, 2010

alahan semasa mengandung selepas bersalin




hmmm...dah lama betul aku tak posting citer baru dalam blog ni...oleh kerana ramai yg cari artikel pengalaman mengandung dan alahan semasa mengandung, maka artikel hari ni pun pasal alahan yg aku dapat semasa mengandung.


diam tak diam dah 8 bulan umur ammar. rutin lepas balik sekolah adalah memberi sepenuh perhatian pada baby aku. sebabnya giliran abi ammar plak nak wat kejenya sebagai IM-stand for Internet Marketer.

ok, diam tak diam jugak dah 8 bulan kulit aku yg kena alahan semasa mengandung dulu masih lum sembuh sepenuhnya..cuma Alhamdulillah sekarang ni dah boleh lah makan seafood sket2..buat2 merasa ( bukan melantak mcm dulu tau ).

cuma nak citer keadaan kulit aku yg paling teruk ialah dalam 6 bulan pertama selepas ammar lahir. gatal2 yg kualami meliputi seluruh badan terutama bahagian perut, peha, jari kaki dan jari tangan ( yg paling teruk ).

mula2 hanya keluar bintik2 halus yg ada air dalamnya..adalah 3 4 bintik sahaja. Namun dalam masa beberapa hari sahaja penuh satu tangan dan tapak kaki..sangat gatal dan mengandungi cecair yg berwarna kuning likat dan berbau!

Jari2 dah semakin membengkak ( doktor kata sebab ada kuman ), gatal dan sentiasa berair..semakin garu, semakin berair..pedih bila kena air..kulit bawah kuku pun bengkak dan gatal, bertukar warna gelap menandakan banyak kuman..kuku aku yg kecil menjadi semakin lebar kerana kulit semakin terkebawah! semua kuku rosak. Sampai skarang, kuku masih tak cantik sepenuhnya...masih dalam proses nak tumbuh yg baru.

So, nasihat aku bagi sesiapa yg sedang mengalami alahan seperti ini, jgn sekali2 pecahkan biji2 tersebut sebab ia akan menyebabkan infeksi dan makin merebak! kalau gatal, sapulah apa2 ubat yg dapat hilangkan rasa gatal tu, paling tak pun, cuci dgn air batu! jgn garu kuat2, takut keluar air

sepanjang malam tidak tidur lena kerana gatal ( tersangat gatal! ). sebut bab ubat, dah banyak jumpa doktor ( cuma tak sempat jumpa pakar kulit sbb dah ok ), termasuklah ustaz Darul Shifa ( cawangan Batu Pahat ), namun memg lum ada rezeki nak baik agaknya...

cuma yg aku perasan, ada satu ketika tu aku dapat ubat cuci yg disimpan di dalam peti sejuk. hari2 aku cuci tangan dan kaki dgn cecair tu..nampak makin kuranglah.

sampai satu masa tu, mak aku ajak g rumah sorang pakcik ni..sebenarnya dah lama mak ajak tp aku ni susah sket sbb takut pakcik tu guna benda yg bukan2. tp akhirnya aku g jugaklah sbb mak kata dia hanya baca doa dalam air.

Pakcik tu cakap jgn pakai krim lg sbb aku dah terlalu banyak pakai krim. Dia kata takut seman krim ( kelakar gak masa pakcik tu cakap mcm tu ). Pakcik tu kata basuh guna air kelapa dara, dan minum airnya.Pastu dia suh mandi dgn lendir daun Pulasan. Baca selawat..

Satu yg aku perasan pasal pakcik ni, dia tak berlagak..Dia hanya kata, pakcik cubalah usahakan, ada rezeki, baik....Ntah nape, sejuk je hati aku dgr ayat tuh..

So, suami aku belikanlah kelapa dara ( adalah dalam 8 biji dia belikan ). memg sedap lah airnya sbb air dia wangi dan isi kelapanya banyak..( buah kelapanya kecik jek ).

Dah memg rezeki aku, akhirnya gatal2 beransur hilang..

tp skarang ni, aku takleh makan daging kambing ( memg favorite aku n suami ) banyak sangat, seafood pun kena kawal gak...kalo tak, ha, skarang ni aku tengah gatal kat kaki ( tp sket2 je lah ) pasal raya ari tu melantak beriani darat ngan kambing kat rumah terbuka kawan. padan muka aku lah kan...

Tp aku nak gtau, bagi sesiapa yg terkena alahan macam yg aku kena ni, memg kena bersabar banyak2 dan selalulah beristighfar..hanya orang yg dah pernah kena je tahu macam mana susahnya menghadapi alahan kulit ni..

mana nak jaga baby, mana nak tahan gatal, dengan kulit berair lagi...aku anggap Allah nak bagi pahala banyak kat aku..sebab dugaan hidup selalunya merujuk kepada Allah sayangkan kita.

cuma, di kesempatan ini, aku,Nuruliyzah bt Rahiman nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada suamiku, Mohd Najib bin Asaddok kerana terlalu sabar melayan karenah alahan kulitku, mencari mcm2 ubat dan tolong jaga ammar dengan baik sepanjang aku sakit.

begitu juga terima kasih pada emak dan emak mentuaku sebab banyak tolong carikan ubat nak sembuhkan penyakit aku ni...Allah lah yg akan membalas jasa baik emak2 semua...Amin....

akhir kata, bersyukurlah dengan setiap dugaan yg menimpa kerana, setiap dugaan, ada hikmahnya dan kebaikan di sebaliknya...


Thursday, April 29, 2010

Hati Tenang

Assalamualaikum.


Agak lama saya tidak menulis setelah melahirkan Ammar. Hari ni saya ingin kongsikan satu ilmu yang saya baca dari beberapa buah buku dan artikel.


Semuanya berkisar tentang hati yang tenang.


Antara isi ilmu yang saya baca ialah : Mencapai ketenangan hati sangat mudah tetapi ramai antara kita yang sukar mencapainya. Semuanya bermula dengan hati yang bersih.


Ini lagi satu hal. Mencari dan mengekalkan hati yang bersih bukanlah mudah. Namun untuk mencapai hati tenang, itulah yang perlu kita ada. Hati bersih..


Bagaimana memastikan hati bersih?
Bold

Hati bersih tidah perlukan seseorang itu menjadi alim ulamak. Tidak perlu alasan "Aku bukan malaikat". Hati bersih tidak berkehendakkan hanya orang yang rajin solat sunat mahupun yang sentiasa bersedekah. Tapi, hati bersih hanya memerlukan DOA dan ILMU.


Barangsiapa yang inginkan hati yang bersih, dia mestilah memulakannya dengan berdoa supaya Allah mengurniakannya hati yang bersih. Kemudian, dia perlu berusaha mengekalkan doa tersebut supaya Allah sentiasa menjaga hatinya agar tidak tergelincir.


Kemudian, berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan. Hanya orang yang berilmu sahaja yang dapat berfikir dengan baik. Menukarkan sangka jahat kepada sangka baik. Ya, bersangka baik adalah antara intipati penting bagi hati bersih. Namun, perlu dibezakan dengan berhati-hati. Tidak salah jika kita berhati-hati, tetapi bukan bersangka buruk. Orang berilmu mudah berfikiran positif dan menjaga hatinya. Orang berilmu sentiasa menambah ilmunya dan berusaha memperbaiki amalannya.


( artikel ini dah lama saya taip tp baru perasan ia belum di'publish'kan..)

Friday, February 5, 2010

Kelahiran Putera Sulong Kami, Muhammad Ammar

Alhamdulillah saya telah selamat bersalin pada hari khamis malam jumaat 4/2/2010 jam 8:45mlm di Hospital Segamat Johor. Terima kasih kpd nurse yg byk membantu dan beri dorongan sepanjang saya di hospital.

Saya tak dpt bercerita panjang lagi buat masa ni,cuma nak letak gambar2 anak, Muhammad Ammar Bin Mohd Najib