Tuesday, October 19, 2010

Belajar menjadi isteri solehah

Sudah beberapa hari aku baca buku tajuk Belajar Romantis. Buku tu sangat bagus! aku ingat buku tu biasa2 jek tp isi dia padat tentang perilaku seorang isteri yang baik dan tidak baik.

Antara yang menarik ialah seorang isteri perlu memperlihatkan perkara2 yang baik dan memberi suami cium bau2 yang wangi..Maksudnya, seorang isteri harus sentiasa menjaga kebersihan diri, berdandan di hadapan suami, dan mengemas rumah. Seorang isteri itu juga perlu sentiasa wangi
( di rumah ) agar suami hanya mencium yang baik2 sahaja dari isterinya.

Penulis juga menekankan bahawa hidup seorang isteri ( perempuan ) adalah di rumah. Pekerjaan yang paling mulia bagi seorang wanita adalah sebagai Surirumah!
Bukanlah maksud penulis wanita tidak boleh bekerja, tetapi wanita yang bekerja harus bersungguh-sungguh menjaga dirinya daripada sebarang fitnah. Maksudnya.. hindarkan dari bercakap perkara yang tak penting dengan lelaki lain, bila bercakap jangan secara lemah lembut, tetapi perlu tegas. Jangan mendayu2!

Selain itu, wanita sebaiknya menghindarkan diri daripada berborak2 kosong atau keluar minum2 bersama lelaki lain walaupun secara beramai2..Kalo nak keluar, keluarlah bersama suami..Sebaiknya, selepas balik kerja, terus pulang ke rumah tanpa menyinggah ke mana2 sekiranya tiada urusan penting ( yg sangat penting! ).

Saya juga tertarik dengan saranan penulis bahawa untuk meraih cinta sejati suami, seorang isteri perlulah menjaga hubungan baik dengan ibu mentuanya. Seorang suami tidak akan sekali2 suka dan redha jika isterinya mengata yang tidak baik tentang ibunya.

Ada sesetengah wanita, apabila telah berkahwin, dia menganggap bahawa ibu mentuanya adalah saingannya dalam meraih cinta suaminya. Wanita yang solehah patut menjauhi sangkaan seperti itu. Ibunyalah yang telah mengandungkannya selama 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkannya..melayannya dengan baik dalam tempoh waktu yg lama.
Sememangnya ibulah yang paling berhak terhadap anaknya iaitu suami kita! Maka, sangat dituntut agar kita sebagai isteri supaya memberi layanan yang terbaik kepada ibu mentua sama seperti kita melayan ibu kita sendiri.

Saya ingin berkongsi sesuatu yang menarik tentang saya dan ibu mentua. Suatu hari, saya dan ibu mentua pergi ke sebuah pasar raya. Ibu mentua membeli beberapa barang dan saya juga membeli beberapa barang keperluan rumah.
Tiba di kaunter bayaran, suami memberi saya RM100 tetapi suami tidak berkata apa2. Kebetulan ibu mentua beratur di belakang saya ( untuk membayar barangnya ). Memang kebiasaan ibu mentua akan membayar sendiri barang keperluannya apabila berbelanja di pasar kerana suami dan anak-anaknya yang lain telah memberinya duit. Tetapi, saya berasa tidak sopan sekiranya saya hanya membayar barang saya kerana ibu mentua ada di belakang saya.

Lalu, saya bertekad membayarkan barang yang ibu mentua beli
walaupun dilarang oleh ibu..

Apa yang ingin saya kongsikan ialah...Saya akui, ketika itu saya agak kekurangan wang, menyebabkan hati agak berat untuk mengeluarkan duit lebih. Niat saya membayar untuk ibu mentua ialah kerana saya berharap ibu mentua dapat mendoakan kesejahteraan saya dan suami serta keluarga. Sempat juga saya memintanya agar mendoakan suami saya murah rezeki
( Waktu itu, memang keadaan kewangan kami agak terdesak ) ibu hanya tersenyum dan mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.

Sesungguhnya janji Allah adalah benar! Esoknya, suami saya untung USD 450..Hati saya berdetik, doa ibunya telah makbul dan saya berharap akan makbul sampai bila2!

Saya teringat bahawa sedekah yang paling baik adalah sedekah ketika kita juga hanya ada sedikit sahaja..dan orang yang paling utama menerima sedekah kita adalah ahli keluarga terutamanya ibu bapa kita.

Saya beruntung kerana mendapat ibu mentua yang baik dan menghormati saya sebagai menantunya ( Ibu bapa saya tentunya adalah yang terbaik! ). Saya menganggapnya sebagai satu rezeki..Memang doa saya sejak saya remaja ialah agar Allah mengurniakan saya suami, ibu mentua dan ipar duai yang baik untuk saya, untuk agama saya, dan hingga akhir hayat saya.

Semoga Allah menjadikan saya seorang yang bersyukur dan dijauhkan saya daripada menjadi orang yang kufur...




Doa saya untuk seluruh umat muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat agar dikurniakan kesejahteraan dan mendapat rahmat dari-Nya. Semoga kita semua mendapat tempat di Syurga Firdaus Al-A'la..Amin....

4 comments:

  1. bile baca artikel tulisan izzah ni, wat sy insaf....tq ..saya suke baca

    ReplyDelete
  2. iyzah! Lama x update blog? bizi eh? ammar sihat?

    ReplyDelete
  3. Satu nasihat yang cukup baik untuk dijadikan renungan bersama... boleh saya copy dan share dengan kawan2 artikal nurul-iyzah ini...

    ReplyDelete