Sunday, March 11, 2012

Bahagiakah Saya Melalui Semua Ini?

Diam tak diam dah hampir 2 tahun saya tak update blog ni. kesian tul blog ni. dah bersawang kata suami saya.

Dulu berdua, sekarang berempat! Alhamdulillah, anak pertama saya, Muhammad Ammar lahir pada 4 Februari 2010 dan Ayatul Husna selamat dilahirkan pada Ramadhan tahun lalu, tanggal 10 Ogos 2011. Dari awal, saya dan suami memilih untuk tidak menamakan anak dgn nama yg terlalu panjang. Memadai nama tersebut membawa maksud yg baik dan mudah disebut.

Cerita tentang nama Ammar, saya hanya bg pandangan begini; Kalau abang rasa tak tahu nak kawankan nama Ammar dgn nama yg lain, just letak Muhammad di depannya. Ammar membawa maksud kemakmuran. hmm...Kehadiran Ammar memg sentiasa memakmurkan kami sekeluarga. Perangainya sangatlah 'baikkk' dan sangat aktif hingga makmur rumah saya dengan jerit ummi dan abinya yg acap kali menegur perbuatannya.

Ayatul Husna pula..hmmm, ramai yg kata saya ikut nama dalam Filem Ketika Cinta Bertasbih. Saya hanya diam dan iyakan sahaja. Sebenarnya, nama itu saya dapat daripada seorg ustaz di sekolah tempat saya mengajar. Waktu itu, saya dan suami belum pernah menonton filem terbaik itu. Saya tanya padanya siapa nama kawan ustaz yg ustaz suka akhlaknya ketika ustaz belajar di Acheh dulu? Dia jawab 'Ayatul Husna'. Maksudnya Kata-kata yg Baik dan Lembut. Kebetulan saya memg suka menamakan nama anak dengan huruf A. Alhamdulillah, Ayatul Husna lahir dengan selamat.

Sesungguhnya kelahiran Ammar amat bermakna bagi saya dan suami. Maklumlah anak sulung. Lelaki pulak tu. Ya, suami memg inginkan anak lelaki sebagai anak sulung. Katanya, dia ada kawan nak g sarapan. Maklumlah, suami saya kan kerja di rumah, saya pula ke sekolah. Sebenarnya saya tahu kenapa suami inginkan anak lelaki. Suami yakin anak lelaki akan menjadi abang yang bertanggungjawab dan lebih boleh dipercayai menjaga adik2nya kelak. Ya, sepertimana suami saya yg sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarganya terutamanya ibunya dari dulu sampai sekarang. Antara sebab saya kagum dengannya. Semoga Ammar juga begitu. Amin.

Bercerita mengenai rumahtangga saya, kehidupan kami sama seperti pasangan yg lain..Sibuk dengan anak2. Kadangkala tidak ada masa untuk diri sendiri. Contohnya suami, sebelah pagi, menjaga Husna semasa saya ke sekolah. Bila balik sekolah, saya terus mengambil alih tugas suami menjaga anak2, manakala suami terus memulakan kerja di hadapan komputer.

Kalau nak cakap pasal kerja suami, memg nampak mudah sebb suami bekerja sendiri. Dialah bos, dialah pekerja. Namun, saya lihat cara suami bekerja mengalahkan CEO sibuknya! Maklumlah, jatuh bangun perniagaan, semuanya terletak di bahunya. Macam tak cukup masa saya tengok suami bekerja. Ada je yg ingin dibuatnya. Ada sahaja projeknya.

Kalau di sekolah, tugas guru memg tersedia banyak dan bertimbun, di rumah apatah lagi. Belum sempat duduk, anak2 sudah menunggu untuk disusukan. Memang saya akui, apabila habis waktu sekolah, macam lipas kudung saya memandu sbb saya tahu anak2 saya terutama Husna pasti menunggu saya. Husna susah nak minum susu dari botol kecuali bila dia betul2 lapar. Mungkin fitrah anak perempuan, lebih manja dan sentiasa ingin dipeluk.

Kalau di sekolah, sempat juga saya menghilangkan lelah, tapi di rumah, 1001 tugas menanti saya. Lipat kain, sapu lantai, masak, kemas rumah, hinggalah menguruskan anak2, membuatkan saya tidak sempat berehat dengan tenang. Memang boleh berehat dan goyang kaki. Alamat rumah pun tunggang langgang. Tambahan Ammar memang suka taburkan makanan sana sini. Memang hari2 kena sapu, kalau tak, mengundang semut yg ntah dari mana je muncul.
 
Bahagiakah saya melalui ini semua?

Kita bersambung pada artikel akan datang. 

dah lama gilerrr tak bukak blog..

siannya blog ni..ada masa, aku tulis ko ea blog..heh!