Friday, October 23, 2009

Pengalaman Mengandung

Aku berkahwin pada 9/08/08 dengan seorang lelaki bernama Mohd Najib Asaddok. Aku dan suami sangat sukakan kanak-kanak. Atas sebab itu jugalah aku memilih kerjaya sebagai guru sekolah rendah. Namun, pada waktu itu aku tidak boleh mengandung kerana masih belajar di maktab perguruan. Mengikut perkiraan, aku akan habis belajar pada Jun 2009. Walaupun begitu, aku dan suami hanya merancang secara normal, tidak menggunakan pil perancg atau suntikan.

Aku dan suami tercinta


Bulan Mac 2009, aku tekad untuk tidak merancang lagi. Walaupun ada sedikit rasa takut sekiranya ter..mengandung,tapi aku berserah pada Tuhan. Niat aku hanya satu. Aku ingin suamiku mendapat yang terbaik dariku.


Masuk bulan Mei, aku lambat datang haid. Perutku sentiasa terasa senak dan macam masuk angin. Pada mulanya aku tidak syak apa2. Namun, setelah 2 minggu, haidku tidak juga datang, aku mengambil keputusan memeriksa samada aku mengandung atau tidak menggunakan preg test kit. Terdapat 2 jalur yg menandakan bahawa aku mengandung. Memg betul kata org, uji air kencing pada waktu pagi setelah bangun tidur, memg mudah dapat keputusan tepat. Tetapi aku tetap tidak mahu percaya kerana aku takut kecewa (sebelum ni, dah banyak kali test, tapi 1 jalur jek).


Suami membawa aku ke klinik swasta di Pontian (rumah mak mentua). Sekali lg doktor uji air kencing guna preg test kit. Memg sah aku mengandung!


Hanya Tuhan Yg Tahu betapa aku teramat gembira! Dah lama aku nantikan saat ni..Aku bersyukur..Terlalu bersyukur…


Apabila aku beritahu pada suami, aku dapat lihat wajahnya yg gembira dan tersenyum puas. Kalaulah mak mentuaku takda masa tu, confirm dia akan peluk aku kuat2. Takpun, aku yg cium dia kuat2.

Aku jugak dapat lihat yg mak mentua aku pun happy. Cucu sulung lah katakan. Mcm2 petua dan pesanan yg dia titipkan untukku.


bersama ibu mentua


Aku tak mengambil masa yg panjg memberitahu ibuku berita gembira ini. Aku yakin dialah org yg paling gembira selepas suamiku bila mengetahui aku mengandung. Hanya ibuku dan suamiku sahaja yg tahu betapa aku menyukai dan menyayangi kanak-kanak dan betapa aku amat risau kalau2 aku sukar dapat anak.


Nak tahu kenapa mak begitu happy kalo aku mengandung? Mak kata kita sebagai manusia, jgn terlalu suka pada sesuatu kerana ditakuti apabila Allah menduga, kita akan berasa sangat sedih. Lgpun aku mempunyai sejarah keturunan yg sukar dapat anak sebelah ibuku. Atuk lahirkan mak selepas 13 tahun berkahwin. Mak pulak lepas setahun kahwin, baru preg.


Mak, ijah dah preg!!! Alhamdulillah…..


Terima kasih abang kerana menjadi suami yg baik dan prihatin.B berdoa supaya anak kita akan mewarisi sifat abang yg sentiasa berusaha yg terbaik dalam apepun yg abag lakukan. Aminnn….


Berbalik pada pengalaman mengandung (yg kat atas tu, intro jek), aku tidak mengalami muntah2 atau loya seperti kebanyakan wanita mengandung. Sebaliknya, aku kerap demam (demam biasa yg suhunya kurg dari 37.5’c). Hampir setiap minggu aku demam. Kalau tak demam pun, badan aku akan terasa macam nak demam.

Tp, seleraku memg sentiasa ada.


Tak pernah dalam sehari pun, aku tak berselera makan. Bagilah apa sahaja, semua aku makan. Org yg paling risau mestilah suamiku. Dia takut kalau2 berat badanku naik berkilo2.

Tp aku tak peduli semua tu. Hinggalah satu hari di hari raya, aku sengaja buat pemeriksaan di sebuah klinik. Terkejut gilerr aku bila berat badan aku naik mendadak 5 kg! Bayangkan dari 65kg, terus naik 70kg! Sempat gak aku tanye nurse tu, betul ke timbang ni nurse? Dan dia hanya tersenyum…Alahai….




masa ni, kandungan dah 6 bulan dan berat 72kg


Tu takpe lg. Bila naik sekolah semula, teruk aku diperli kawan2 aku yg memg poyo semuanya. Ada yg kata perut aku dah macam 8 bulan walhal waktu tu baby aku baru 5 bulan. Sekali lg..alahai….


Setelah kenaikan 5kg tu, aku mula jaga makan. Menu pertama yg aku cuba hindarkan ialah nasi. Aku masih ingat antara punca utama berat badan aku naik mendadak kerana hari2 aku berbuka dengan nasi bungkus (masa ni terpaksa dok maktab sepanjg bulan pose). Memg hebat penangan nasi ni. So, korg hati-hatilah yek.

Bila dah kurg makan nasi ni, barulah berat aku naik 2 kilo dalam sbulan (kenaikan normal bagi ibu mengandung, menurut rakan aku, nanie, yg jugak seorg doktor).


Kalo tak makan nasi, aku cepat lapar. Ape yg aku buat ialah banyak makan buah. Boleh dikatakan peti ais aku tu memg sentiasa ada 2 atau 3 jenis buah. Sampai adik pompuan aku cakap yg dia memg suke bertandang rumah aku ni sebab banyak buah. Antara buah-buahan yg sentiasa ada ialah oren, anggur, tembikai merah dan tembikai susu. Asal lapar jek, aku tenyeh buah tu banyak2.


pemandangan di galeri seni UiTM


Selain tu, aku jugak gemar wat jus sendiri. Bukan sembarangan jus yg aku buat. Antara jus yg aku slalu blend kat rumah ialah jus kurma, jus tomato, n lobak. Memg kenyang! Korg cubalah yek. Selain terjamin kebersihannya, aku ada baca, kalau banyak minum jus kurma, mudah bersalin.Kalo jus tomato, nanti otak anak cerdas. Lobak tu plak baik untuk hindarkan penyakit. Aku kan slalu demam. Memg sesuaiiii…


Dan sejak semalam plak, aku dah mula minat makan pecal (sejenis makanan org jawa). Selain banyak sayur, kuah kacang dia gak wat aku kenyang. Bukan aku tak takut sakit perut, maklumlah pecal tu kan pedas, tapi kebetulan nurse kat Labis ni gtau aku supaya banyak makan kekacang dan sayur (sumber protein). Tu yg aku bedal semacam jek. Sedap plak tuh. Tadi pun aku beli pecal lagi..So far, Alhamdulillah, belum ada tanda2 aku sakit perut.


Aku ingat lagi, masa kandungan aku 5 bulan ke bawah, masalah utama aku ialah aku susah nak buang air besar.Tambahan lagi, aku kena makan pil tambah darah. Nurse kata pil tu leh menyebabkan seseorg sukar buang air besar dan menjadikan warna najis berubah hitam.


Namun, masuk bulan keenam nie, hari2 aku mesti buang air besar. Aku memg teringat yg masa Bulan Ramadhan ari tu, hari2 aku berdoa supaya aku dapat buang air besar hari2. Sesungguhnya doa wanita yg mengandung nie mudah dimakbulkan. Terima kasih Ya Allah!


Namun, aku juga berusaha untuk buang air besar. Caranya, bangun je dari tidur, terus aku teguk secawan air masak atau air suam. Memg tak tunggu lama. Lepas mandi dan solat, confirm aku berlari ke toilet untuk qadak hajat.


Tapi, ada satu hari tu, memg aku terkejut beruk sangat hingga tak semena-mena aku menangis. Citernye camni. Kan korg tau berat badan aku naik mendadak. Memg kebiasaannya kalo berat badan naik sangat ni, kita memg kena minum air gula (untuk cek kencing manis). Kengkawan aku kata minum air gula ni loya dan bo termuntah. Dan kalo termuntah walau sedikit, kita kena minum sekali lg! memg naya.


Pg2 lagi aku dah gi klinik untuk minum air gula. Adalah secawan besar. Aku dah kecut perut bila tengok sumer ibu-ibu mengandung yg ada kat situ mcm nak muntah. Alamak, mcm mana ni? Aku tawakal je lah. Tp, Alhamdulillah, bila aku minum, takda pape.


Tp, memeranjatkan aku tu, bila lepas 2 jam, darah aku yg diambil tu ada kencing manis. Bacaannya 8.2. Nurse kata kalo lebih 7.8, kita memg ada kencing manis. Aku btl2 tak sangka yg aku ni skang ialah penghidap kencing manis! Depan nurse tu, aku control cun lg. tp sampai je rumah, aku terus nangis sampai suami aku pun risau. Aku pun tak tau nape aku nangis. Tp yg ternyata ialah aku memg btl2 terkejut!


Aku syak antara sebab aku kena kencing manis ialah aku kerap dan suka minum air gas. Walhal, sebelum preg, aku bukannya suka sangat minum air gas tu. So, apa lg, semenjak aku disahkan ada kencing manis, aku terus kawal dari minum air gas tu. Kalo terasa nak sangat minum, baru aku teguk sket. Bila aku tanya kawan2 yg sama2 preg, rupa2rupanya diorg pun suka minum air gas. Alasan diorg air gas ni bo hilgkan loya. Aku plak minum air gas sebab macam sedap je kan air tuh..hehe…padan muka aku!


lenggang kangkung di majlis konvo adik ipar


So, korg jaga2 dengan air2 bergas ni. Kalo tak mengandung pun, jangan minum slalu. Kandungan gula terlalu tinggi!


Oklah, untuk malam ni, sampai sini je dulu eh. Aku nak rest sambil nak baca buku + minum horlick susu..

Selamat malam.

Thursday, October 8, 2009

Langkah Menuju Bahagia

Kebahagiaan adalah sebuah pilihan. Orang yang bahagia memahami hal ini, sementara orang yang tidak bahagia berjuang dengan menilai diri mereka sendiri mengapa mereka tidak memiliki fikiran yang tenang.

Langkah pertama menuju bahagia adalah memahami bahawa kebahagiaan adalah sesuatu yang kita perlu belajar.Selalulah melihat bahawa kita punya pilihan dalam segala hal yang kita lakukan. Oleh itu, pilihlah yang terbaik bagi diri kita.

Pentas kehidupan menjanjikan seribu satu pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk kita belajar mengenal erti kepayahan dan kebahagiaan. Kutiplah semuanya dan reda atas apa yg berlaku. Waktu yg sama, jadikan semua itu sebagai cara untuk kita belajar bagaimana memilih untuk bahagia.

Berikut adalah beberapa tips khusus yg boleh kita amalkan setiap hari bagi menuju bahagia:

Pertama - Banyak tersenyum - Jika tersenyum terlalu sukar bagi anda, ambil sebatang pensil dan gigit pensel tersebut. Anda akan dapati bahawa otot-otot muka anda seperti org tersenyum seterusnya otak anda akan menghantar isyarat senyuman dan mula menghasilkan bahan kimia "bahagia".

Kedua - Sentiasa berada di sekitar orang-orang yang positif - Orang yg bahagia akan sentiasa bersemangat dan mampu mengatasi cabaran manakala org tg tidak bahagia lebih cenderung berbaring dan menyalahkan diri sendiri dan takdir. Berada di kalangan org yg bahagia akan memudahkan kita belajar erti bahagia dan memilih bahagia. Maka, pilihlah untuk bergaul dengan org-org yg sesuai dengan keperluan kita.

Ketiga -Tertawa - Sama seperti tersenyum, tertawa adalah cara yang hebat untuk mengatasi cabaran fizikal dan emosional. Jika hal itu tidak berlaku secara semulajadi, cubalah terapi tawa. Kita boleh menonton cerita lucu mahupun berbual dengan org yg mempunyai karektor yg lucu.

Keempat - Aktif - Menjadi aktif secara fizikal boleh membuat kita bahagia. Antaranya kita boleh menari, bersukan, berkebun, memasak makanan kegemaran bahkan mengemas rumah dengan hanya menyapu lantai pun boleh membuat kita bahagia!

Kelima - Kreatif - Fikirkan hal-hal kreatif yg selalu dilakukan orang untuk hidup bahagia atau sebagai hobi dan perhatikan betapa banyak hal-hal yg kreatif itu memberi rasa bahagia kepada mereka. Mengecat, mengambil gambar, menari, memahat, mencipta resepi baru, menulis puisi ataupun berkebun. Memanfaatkan kemampuan kreatif yg ada dan temukan "kebahagian" itu.

Keenam -Pelukan - Pelukan adalah cara terbaik untuk memberi dan menerima kebahagiaan. Sentuhan fizikal sangat penting bagi menghasilkan hormon bahagia terutamanya dengan org yg kita sayangi. Peluklah suami, anak, ibu, ayah atau rakan dan rasailah kebahagian pasti akan mengalir dalam diri kita jika kita amalkan selalu. Jadikan pelukan sebagai satu kebiasaan.

Ketujuh - Bertindak seperti seorang kanak-kanak - Jangan malu untuk berperangai seperti kanak-kanak sekali sekala kerana hal itu akan membuatkan kita merasa muda dan segar. Cara paling mudah, kunjungi taman tema seperti di Sunway Lagoon atau Genting Highland dan nikmati sepuasnya permainan yg ada! Ingat, "Kita tidak berhenti bermain kerana kita menjadi tua tetapi kita menjadi tua kerana kita berhenti bermain ".

Kelapan - Lakukan suatu kebaikan - Antaranya berkata dengan perkataan yg baik dengan org lain, menawarkan bantuan, memberikan tempat dalam bas atau bertolak ansur dengan pemandu lain di jalan raya boleh menerbitkan rasa bahagia secara tiba-tiba. Cubalah!

Kesembilan - Bersyukur - Sentiasa rasa bersyukur: mengucapkan terima kasih untuk semua yang kita miliki dan hargainya dalam hidup kita. Syukur adalah cara untuk meningkatkan kebahagiaan dan menghilangkan kehidupan yg memberi tekanan. Paling mudah, bersyukurlah kerana kita mempunyai rumah untuk berteduh, kereta untuk membawa kita ke mana sahaja walaupun hari hujan dan keluarga yg sentiasa menyayangi kita.

Monday, October 5, 2009

KUASA DOA YANG YAKIN (1)

Bertemu lg buat kali kedua..Selamat sejahtera semua. Semoga ALLAH merahmati hidup kita semua terutama yg membaca artikel ini.


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kpd mereka) : sesungguhnya Aku(ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka) ; Aku perkenankan permohonan org yg berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul. (Ayat 186, Surah Al-Baqarah)

Sebagai umat islam, kita wajib yakin pada Al-Quran. Tetapi sejauh mana keyakinan kita, hanya ALLAH sahaja yg Maha Mengetahui akan setiap hati hamba-hamba-Nya. Kadang-kala, selepas beberapa kali berdoa perkara yg sama, namun masih belum dimakbulkan, hati kita mula berasa sangsi. Hati kita masih was-was mengapa ALLAH masih belum makbulkan doa kita walhal kita rasa kita telah berdoa dgn bersungguh-sungguh.

Kadang-kala, apabila perkara yg kita doakan itu berlaku sebaliknya, cth, kita berdoa supaya anak menjadi baik, namun yg terjadi adalah sebaliknya, kita mula menyalahkan takdir. "Dah ditakdirkan yg anak aku memg nakal, nak wat camna" Apakah perasaan seperti itu menunjukkan bahawa kita yakin dengan ayat-ayat ALLAH?? Mari kita fikirkan dan renungkan bersama sebagai muhasabah diri..

Ayat di atas adalah kata-kata dari ALLAH yg Amat Mengasihi kita. Kasih sayang seorang ibu yg sanggup mati demi anaknya pun, tidak dapat menandingi kasih ALLAH kepada kita semua. Maka, atas alasan apa kita berasa was-was pada kata-kata-Nya?

Maka, apabila berdoa, kita hendaklah meletakkan keyakinan yg tinggi bahawa doa kita akan dimakbulkan. Kita juga jgn lupa meletakkan perasaan takut ketika berdoa. Takut yg dimaksudkan ialah takut andai doa kita ditolak. Takut ini penting supaya kita sentiasa memperbaiki amalan dan menjauhkan larangan-Nya agar doa mudah dimakbulkan.

Hanya masa yg menentukan bila doa kita akan dimakbulkan. Mintalah apa sahaja yg baik-baik. ALLAH pasti akan makbulkan. Lebih-lebih lg setelah kita berusaha bersungguh-sungguh atas perkara-perkara yg baik. Andainya, DIA tidak memakbulkan doa kita ketika di dunia, pasti doa itu menjadi pembantu kita menghadapi akhirat kelak. Maka, tidak ada ruginya apabila kita meluangkan sedikit masa (lg bagus meluangkan banyak masa!) untuk berdoa.

Berdoalah di mana-mana sahaja. Bukan sahaja ketika bersolat. Ketika memandu ke tempat-tempat yg baik pun kita bo berdoa. Lagi satu, jgnlah kita kedekut untuk mendoakan org lain hatta untuk org yg bermusuh dengan kita sekalipun. ALLAH Maha Luas Kasih Sayang-Nya. Manalah kita tahu, sebelum DIA memakbulkan doa kita untuk org lain, terlebih dahulu, DIA akan memastikan doa kita untuk diri kita dimakbulkan dahulu.

Tujuan saya menulis artikel yg bertajuk Doa ini kerana ia sangat dekat dengan kita. Hari-hari kita berdoa. Saya yakin, ramai di luar sana sentiasa berasa yg banyak doa-doa mereka sebelum ini telah dimakbulkan. Maka, saya yg masih merangkak-rangkak dlm mencari ilmu ni, amatlah menghargai andai ada yg sudi berkongsi cerita mengenai Doa ini dengan saya dan pembaca yg lain. Saya akan lbh gembira andai ada yg sudi membetulkan mana-mana pendapat atau kefahaman saya yg kurg tepat mengenai Doa ini.

Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita semua..Amin...

Selangkah Ke Alam Blog

Terlebih dahulu, syukur ku panjatkan kerana DIA lah yang membuka hatiku untuk mula menyukai dunia siber. Aku seorang perempuan yang sangat simple dan benda yang paling aku benci adalah komputer dan yang sekufu dengannya. Makanye, kalo dah komputer tu aku benci, dunia siber lagi lah aku tak sudi nak ambil tahu.


Namun, hanya ALLAH yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. DIA ketemukanku dengan pasangan yang amat-amatlah suka plus cinta tak ingat dengan komputer dan dunia siber ni. Hanya setelah hampir sepuluh tahun mengenalinya, barulah aku terbuka hati untuk menghadap internet. Itupun adalah kerana suamiku membuat sebuah facebook untukku. Katanya terdapat ramai kenalan lama yg boleh kita jumpa di laman tersebut.

Sebelum ni, friendster pun aku tak amik peduli. Dah memg benci kan, nak diapakan lagi. Tapi, semenjak dua menjak ni jek aku nak lah jugak buka internet tengok facebook. Suka gak lah tengok perkembangan rakan-rakan lame esp yg pernah berkawan baik denganku.

Bila dah mengenali facebook, suamiku kenalkan pula aku dengan blog. Mcm biaselah, dia jugak lah yg bina blog untuk aku. Lgpun, suamiku tahu minat dan kecenderunganku terhadap dunia penulisan. Dia jugak lah yg yakinkan aku bahawa aku memg teror dalam bab-bab membina ayat ni.

Itulah serba sedikit pengenalan diriku sebagai blogger baru. Harapanku tak tinggi. Hanya berharap agar apa-apa sahaja artikel yg kutulis dapat dibaca, diambil kebaikannya dan dikongsi bersama.Amin...

Sunday, October 4, 2009