Thursday, October 8, 2009

Langkah Menuju Bahagia

Kebahagiaan adalah sebuah pilihan. Orang yang bahagia memahami hal ini, sementara orang yang tidak bahagia berjuang dengan menilai diri mereka sendiri mengapa mereka tidak memiliki fikiran yang tenang.

Langkah pertama menuju bahagia adalah memahami bahawa kebahagiaan adalah sesuatu yang kita perlu belajar.Selalulah melihat bahawa kita punya pilihan dalam segala hal yang kita lakukan. Oleh itu, pilihlah yang terbaik bagi diri kita.

Pentas kehidupan menjanjikan seribu satu pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk kita belajar mengenal erti kepayahan dan kebahagiaan. Kutiplah semuanya dan reda atas apa yg berlaku. Waktu yg sama, jadikan semua itu sebagai cara untuk kita belajar bagaimana memilih untuk bahagia.

Berikut adalah beberapa tips khusus yg boleh kita amalkan setiap hari bagi menuju bahagia:

Pertama - Banyak tersenyum - Jika tersenyum terlalu sukar bagi anda, ambil sebatang pensil dan gigit pensel tersebut. Anda akan dapati bahawa otot-otot muka anda seperti org tersenyum seterusnya otak anda akan menghantar isyarat senyuman dan mula menghasilkan bahan kimia "bahagia".

Kedua - Sentiasa berada di sekitar orang-orang yang positif - Orang yg bahagia akan sentiasa bersemangat dan mampu mengatasi cabaran manakala org tg tidak bahagia lebih cenderung berbaring dan menyalahkan diri sendiri dan takdir. Berada di kalangan org yg bahagia akan memudahkan kita belajar erti bahagia dan memilih bahagia. Maka, pilihlah untuk bergaul dengan org-org yg sesuai dengan keperluan kita.

Ketiga -Tertawa - Sama seperti tersenyum, tertawa adalah cara yang hebat untuk mengatasi cabaran fizikal dan emosional. Jika hal itu tidak berlaku secara semulajadi, cubalah terapi tawa. Kita boleh menonton cerita lucu mahupun berbual dengan org yg mempunyai karektor yg lucu.

Keempat - Aktif - Menjadi aktif secara fizikal boleh membuat kita bahagia. Antaranya kita boleh menari, bersukan, berkebun, memasak makanan kegemaran bahkan mengemas rumah dengan hanya menyapu lantai pun boleh membuat kita bahagia!

Kelima - Kreatif - Fikirkan hal-hal kreatif yg selalu dilakukan orang untuk hidup bahagia atau sebagai hobi dan perhatikan betapa banyak hal-hal yg kreatif itu memberi rasa bahagia kepada mereka. Mengecat, mengambil gambar, menari, memahat, mencipta resepi baru, menulis puisi ataupun berkebun. Memanfaatkan kemampuan kreatif yg ada dan temukan "kebahagian" itu.

Keenam -Pelukan - Pelukan adalah cara terbaik untuk memberi dan menerima kebahagiaan. Sentuhan fizikal sangat penting bagi menghasilkan hormon bahagia terutamanya dengan org yg kita sayangi. Peluklah suami, anak, ibu, ayah atau rakan dan rasailah kebahagian pasti akan mengalir dalam diri kita jika kita amalkan selalu. Jadikan pelukan sebagai satu kebiasaan.

Ketujuh - Bertindak seperti seorang kanak-kanak - Jangan malu untuk berperangai seperti kanak-kanak sekali sekala kerana hal itu akan membuatkan kita merasa muda dan segar. Cara paling mudah, kunjungi taman tema seperti di Sunway Lagoon atau Genting Highland dan nikmati sepuasnya permainan yg ada! Ingat, "Kita tidak berhenti bermain kerana kita menjadi tua tetapi kita menjadi tua kerana kita berhenti bermain ".

Kelapan - Lakukan suatu kebaikan - Antaranya berkata dengan perkataan yg baik dengan org lain, menawarkan bantuan, memberikan tempat dalam bas atau bertolak ansur dengan pemandu lain di jalan raya boleh menerbitkan rasa bahagia secara tiba-tiba. Cubalah!

Kesembilan - Bersyukur - Sentiasa rasa bersyukur: mengucapkan terima kasih untuk semua yang kita miliki dan hargainya dalam hidup kita. Syukur adalah cara untuk meningkatkan kebahagiaan dan menghilangkan kehidupan yg memberi tekanan. Paling mudah, bersyukurlah kerana kita mempunyai rumah untuk berteduh, kereta untuk membawa kita ke mana sahaja walaupun hari hujan dan keluarga yg sentiasa menyayangi kita.

No comments:

Post a Comment