Thursday, April 29, 2010

Hati Tenang

Assalamualaikum.


Agak lama saya tidak menulis setelah melahirkan Ammar. Hari ni saya ingin kongsikan satu ilmu yang saya baca dari beberapa buah buku dan artikel.


Semuanya berkisar tentang hati yang tenang.


Antara isi ilmu yang saya baca ialah : Mencapai ketenangan hati sangat mudah tetapi ramai antara kita yang sukar mencapainya. Semuanya bermula dengan hati yang bersih.


Ini lagi satu hal. Mencari dan mengekalkan hati yang bersih bukanlah mudah. Namun untuk mencapai hati tenang, itulah yang perlu kita ada. Hati bersih..


Bagaimana memastikan hati bersih?
Bold

Hati bersih tidah perlukan seseorang itu menjadi alim ulamak. Tidak perlu alasan "Aku bukan malaikat". Hati bersih tidak berkehendakkan hanya orang yang rajin solat sunat mahupun yang sentiasa bersedekah. Tapi, hati bersih hanya memerlukan DOA dan ILMU.


Barangsiapa yang inginkan hati yang bersih, dia mestilah memulakannya dengan berdoa supaya Allah mengurniakannya hati yang bersih. Kemudian, dia perlu berusaha mengekalkan doa tersebut supaya Allah sentiasa menjaga hatinya agar tidak tergelincir.


Kemudian, berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan. Hanya orang yang berilmu sahaja yang dapat berfikir dengan baik. Menukarkan sangka jahat kepada sangka baik. Ya, bersangka baik adalah antara intipati penting bagi hati bersih. Namun, perlu dibezakan dengan berhati-hati. Tidak salah jika kita berhati-hati, tetapi bukan bersangka buruk. Orang berilmu mudah berfikiran positif dan menjaga hatinya. Orang berilmu sentiasa menambah ilmunya dan berusaha memperbaiki amalannya.


( artikel ini dah lama saya taip tp baru perasan ia belum di'publish'kan..)

No comments:

Post a Comment