Tuesday, October 12, 2010

alahan semasa mengandung selepas bersalin




hmmm...dah lama betul aku tak posting citer baru dalam blog ni...oleh kerana ramai yg cari artikel pengalaman mengandung dan alahan semasa mengandung, maka artikel hari ni pun pasal alahan yg aku dapat semasa mengandung.


diam tak diam dah 8 bulan umur ammar. rutin lepas balik sekolah adalah memberi sepenuh perhatian pada baby aku. sebabnya giliran abi ammar plak nak wat kejenya sebagai IM-stand for Internet Marketer.

ok, diam tak diam jugak dah 8 bulan kulit aku yg kena alahan semasa mengandung dulu masih lum sembuh sepenuhnya..cuma Alhamdulillah sekarang ni dah boleh lah makan seafood sket2..buat2 merasa ( bukan melantak mcm dulu tau ).

cuma nak citer keadaan kulit aku yg paling teruk ialah dalam 6 bulan pertama selepas ammar lahir. gatal2 yg kualami meliputi seluruh badan terutama bahagian perut, peha, jari kaki dan jari tangan ( yg paling teruk ).

mula2 hanya keluar bintik2 halus yg ada air dalamnya..adalah 3 4 bintik sahaja. Namun dalam masa beberapa hari sahaja penuh satu tangan dan tapak kaki..sangat gatal dan mengandungi cecair yg berwarna kuning likat dan berbau!

Jari2 dah semakin membengkak ( doktor kata sebab ada kuman ), gatal dan sentiasa berair..semakin garu, semakin berair..pedih bila kena air..kulit bawah kuku pun bengkak dan gatal, bertukar warna gelap menandakan banyak kuman..kuku aku yg kecil menjadi semakin lebar kerana kulit semakin terkebawah! semua kuku rosak. Sampai skarang, kuku masih tak cantik sepenuhnya...masih dalam proses nak tumbuh yg baru.

So, nasihat aku bagi sesiapa yg sedang mengalami alahan seperti ini, jgn sekali2 pecahkan biji2 tersebut sebab ia akan menyebabkan infeksi dan makin merebak! kalau gatal, sapulah apa2 ubat yg dapat hilangkan rasa gatal tu, paling tak pun, cuci dgn air batu! jgn garu kuat2, takut keluar air

sepanjang malam tidak tidur lena kerana gatal ( tersangat gatal! ). sebut bab ubat, dah banyak jumpa doktor ( cuma tak sempat jumpa pakar kulit sbb dah ok ), termasuklah ustaz Darul Shifa ( cawangan Batu Pahat ), namun memg lum ada rezeki nak baik agaknya...

cuma yg aku perasan, ada satu ketika tu aku dapat ubat cuci yg disimpan di dalam peti sejuk. hari2 aku cuci tangan dan kaki dgn cecair tu..nampak makin kuranglah.

sampai satu masa tu, mak aku ajak g rumah sorang pakcik ni..sebenarnya dah lama mak ajak tp aku ni susah sket sbb takut pakcik tu guna benda yg bukan2. tp akhirnya aku g jugaklah sbb mak kata dia hanya baca doa dalam air.

Pakcik tu cakap jgn pakai krim lg sbb aku dah terlalu banyak pakai krim. Dia kata takut seman krim ( kelakar gak masa pakcik tu cakap mcm tu ). Pakcik tu kata basuh guna air kelapa dara, dan minum airnya.Pastu dia suh mandi dgn lendir daun Pulasan. Baca selawat..

Satu yg aku perasan pasal pakcik ni, dia tak berlagak..Dia hanya kata, pakcik cubalah usahakan, ada rezeki, baik....Ntah nape, sejuk je hati aku dgr ayat tuh..

So, suami aku belikanlah kelapa dara ( adalah dalam 8 biji dia belikan ). memg sedap lah airnya sbb air dia wangi dan isi kelapanya banyak..( buah kelapanya kecik jek ).

Dah memg rezeki aku, akhirnya gatal2 beransur hilang..

tp skarang ni, aku takleh makan daging kambing ( memg favorite aku n suami ) banyak sangat, seafood pun kena kawal gak...kalo tak, ha, skarang ni aku tengah gatal kat kaki ( tp sket2 je lah ) pasal raya ari tu melantak beriani darat ngan kambing kat rumah terbuka kawan. padan muka aku lah kan...

Tp aku nak gtau, bagi sesiapa yg terkena alahan macam yg aku kena ni, memg kena bersabar banyak2 dan selalulah beristighfar..hanya orang yg dah pernah kena je tahu macam mana susahnya menghadapi alahan kulit ni..

mana nak jaga baby, mana nak tahan gatal, dengan kulit berair lagi...aku anggap Allah nak bagi pahala banyak kat aku..sebab dugaan hidup selalunya merujuk kepada Allah sayangkan kita.

cuma, di kesempatan ini, aku,Nuruliyzah bt Rahiman nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga kepada suamiku, Mohd Najib bin Asaddok kerana terlalu sabar melayan karenah alahan kulitku, mencari mcm2 ubat dan tolong jaga ammar dengan baik sepanjang aku sakit.

begitu juga terima kasih pada emak dan emak mentuaku sebab banyak tolong carikan ubat nak sembuhkan penyakit aku ni...Allah lah yg akan membalas jasa baik emak2 semua...Amin....

akhir kata, bersyukurlah dengan setiap dugaan yg menimpa kerana, setiap dugaan, ada hikmahnya dan kebaikan di sebaliknya...


6 comments:

  1. info yg bagus :-)

    moga cepat sembuh iyzah. jaga baby baik2x ya

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas info akak..wife sy juga ada gatal2 terutama bahagian kaki sebelum & selepas bersalin..sy akan cuba petua2 seperti yg pakcik tu bagi..tp tgh berfikir kat mana nk cari kelapa dara..

    ReplyDelete
  3. saya sedang mengalaminya sekarang .... sO difficult!! sgt gatalll !!!

    ReplyDelete
  4. Salam.sy tgh alami skrng.anak baru nk masuk 3 bln.mmg gatal.ni kali kedua kena.

    ReplyDelete
  5. Iya, sama. Gatal2, tp alhamdulillah hnya gtal2 sja. But, berbekas besar & hitam.
    Mksh dah berbagi cerita. Sy jd merasa tak sendiri mengalaminya ^^

    ReplyDelete
  6. Salam... Nak tanya... Gatal2 tu start dengan bintik2 kecil berair kat tangan dan kaki ke? Saya baru kena 2 hari ni... Baby baru 15 hari... Rasa nak menangis je... Bila rendam air panas ngan garam hilangla sekejap gatal2 tu... Tapi makin banyak pula naik bila malam...

    ReplyDelete